Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 6, 2010

Derita Kerana Sayang

Soalan mudah ditujukankan kepada PAS Kelantan:

"KENAPA TIDAK DICABUT SAJA GIGI YANG ROSAK ITU?"

Kenapa PAS sanggup menyimpan hanya sebatang gigi yang membawa aral dan derita kepada seluruh badan?

Adakah PAS akan mati kalau gigi yang sakit itu dicabut?

Pada pandangan saya PAS menderita dan graf kesihatannya jatuh merudum hanya kerana sayangkan sebatang gigi yang rosak!

Dentistnya hanya TGNA sahaja. Tapi nampaknya Dentist juga sedang tidur diulit mimpi wala'.

10 comments:

  1. Bila kudis dibiarkan berlarutan, ia menjadi gangrene. Jika mulanya sepatutnya dipotong jari kaki sahaja tetapi dibiarkan, lama-kelamaan akan menjangkiti ke tulang keting maka keseluruhan bahagian kaki di bawah lutut akan terpaksa dibuang. Jika tidak, tulang paha pula yg akan hilang. Jika masih dibiarkan dan gangrene (kudis kencing manis) merebak ke tulang belakang, maut bakal mendatang.

    Sepatutnya Ariffahmi dibuang dari dulu lagi, nampak gayanya tidak mustahil TGNA sendiri yg terpaksa dibuang kelak. Jika tidak, tidak mustahil PAS sendiri bakal terbuang di Kelantan!

    - ir Anon

    ReplyDelete
  2. ir. Anon.

    Saya pun hairan kenapa TGNA biarkan sebegitu lama. Walau pun menantu, ini adalah masalah pentadbiran negeri yang melibatkan Parti PAS (Hak Ahli dan Penyokong) bukannya hak milik SDN.Bhd. Yang menaikan beliau ke kerusi Menteri Besar adalah PAS dan undi rakyat. Kalau biarkan kemusnahan berganda maka pastinya akan runtuh.

    Ariffahmi liat kerana keangkuhan. Kononya hanya dia seorang saja yang layak menjadi CEO PMBK. Orang lain semuanya tak tahu buat kerja (bodoh.

    Sebelum ini duum.. daam.. kononnya meletak jawatan, rupanya bulan lepas baru hantar surat Melepas Jawatan, itu berkuatkuasa bulan Mac. Mangkok Hayun punya menantu!

    Akhir-akhir ini pula bininya pula dah jadi Burung Chandek, bising tidak kira gelanggang menghentam orang lain. Tembikai kita yang busuk dikatakan Labu orang pun busuk juga...

    ReplyDelete
  3. Salam ayahnda,
    jika perkara ini berlanjutan.
    Sy bimbang perkara yg berlaku kpd Saidina Usman akan juga berlaku kpd Tokguru.
    Sejarah seringkali berulang..

    ReplyDelete
  4. Saya baca ayat-ayat ayahnda. nampaknya macam gunung berapi sudah tdk dpt membendung lg laharnya yng mula mengalir keluar.
    Sy sgt bimbang jika ramai lg rakyat kelantan yng juga seperti ini.
    x tahu apa akan berlaku jika gunung berapi meletus di kelantan.
    Kita sygkan Tokguru,kita sygkan corak pemerintahan Negeri Kelantan,tapi sisebabkan nila setitik boleh rosak susu sebelanga.
    Betulkah nila tu hanya setitik?
    mungkin dah secetong kot.

    ReplyDelete
  5. W'salam anakanda ijoks.

    Pada ayahanda bukan TGNA yang perlu dipertahankan tetapi kesinambungan pemerintahan PAS di Kelantan.

    Pemimpin boleh datang dan pergi tetapi Parti ysng memperjuangkan Agama tetap akan kuat sekiranya mendapat sokongan umat. Janganlah kerana tindak tanduk pemimpin penyokong dan pengundi akan lari.

    ReplyDelete
  6. Anakanda ijoks

    Itulah yang sebenarnya membimbangkan ayahanda.

    Kalau sudah jatuh, bukanya senang untuk bangkit, bukannya sekejap tegap!

    ReplyDelete
  7. Salaam Sdra ku,

    Ini adalah ujian besar bukan hanya buat TGNA tetapi buat PAS secara keseluruhannya.

    Keceluparan bukan hanya menantu tetapi lebih parah anak perempuan TGNA menjadi virus berbahaya kepada bukan hanya PAS tetapi PR juga terpalit sama.

    Dalam bab ini saya kira bukan hanya kelantangan Kickdefella tetapi kegelojohan menantu TGNA juga amat ketara. Kealpaan adalah sifat manusia yang juga ada pada TGNA saya kira.

    Salaam Takzim. Salaam Perjuangan

    ReplyDelete
  8. W'salam sdr.ku Mohd. Sofi

    Memang kita akui kealpaan dan kesilapan tidak akan bercerai dari makhluk yang dijadikan sepertimana kita. Cuma yang membuatkan saya tertanya-tanya adakah dari sudut fikiran TGNA, tindakan itu adalah kesilapan?

    Itulah yang orang tua-tua katakan dalam sesuatu kekusutan, sekiranya orang perempuan/isteri masuk campur ianya akan menjadi bertambah parah. Cuma adakah TGNA menasihati anaknya itu? Luka ini sepatutnya dirawat cepat. Jangan ianya menanah dan seterusnya membarah.

    Betul kata saudara bukan saja PAS yang terbeban bahkan PR terheret sama. Kickdefella adalah orang yang kecewa dan seboleh-bolehnya cuba menutup kesilapan diri. Bagi saya manusia yang paling "Baghal" dan penting diri adalah Ariffahmi sendiri. Dia tidak hiraukan marwah Bapa Mertuanya sendiri dan kebaculan diri.

    ReplyDelete
  9. akum
    ayahnda

    tinggi limu mantik TGNA

    rasanya dia tau apa yang dia buat

    kita doakan ke jayaannya

    ReplyDelete
  10. W'salam b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    Sebenarnya ayahanda bimbang sekiranya dia tersepit di antara sayangkan ank menantu dan kepentingan Rakyat Kelantan.

    Ayahanda percaya Rakyat Kelantan masih perlukan PAS mentadbir negeri tetapi sekiranya rakyat kecewa, tidak mustahil mereka akan berpaling dari PAS.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa