Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 15, 2010

“Jangan Kita ‘Double-Standard’

Kata-kata yang mengesan di jiwa saya. Petikan dari Free Malaysia Today tulisan Nor Ani Karma.

Malangnya ramai dari kita yang menggelarkan dirinya Melayu walau pun separuh Melayu tetapi tindak tanduk dan kata-katanya lebih Melayu dari Melayu dan lebih Islam dari Muslim walau pun rukunnya entah ke mana serta hukum hakam dihumban ke jamban!

Golongan inilah juga sekarang ini cukup celupar mengkafirkan orang lain dengan Salib dan sumpah seranah. Namun rasanya tidak menghairankan sebab Hukam Hakam Allah sudah lama mereka nyahkan.

“Jamaiy menyeru umat Islam bangun secara aktif mempertahankan kalimah Allah juga mesti bangkit untuk mempertahankan hak-hak Allah khususnya dalam kuasa mutlak hukumiyah Allah (hak Allah menentukan dan mensyariatkan hukum) yang sangat terabai di Malaysia.”

“Jangan kita ‘double-standard’ – hanya nama Zat Allah saja yang dipertahankan sedangkan hukum-hakamNya, perintah serta laranganNya kita abaikan tindakan-tindakan menegur pemerintah supaya aktiviti kemungkaran dibanteras dari merebak hingga menjejaskan aqidah anak-anak muda,” tegasnya lagi.

Lengkapnya baca di sini

6 comments:

  1. stujus, Islamlah keseluruhannya

    ReplyDelete
  2. setuju dengan pendapat tersebut...

    ReplyDelete
  3. salam Tuan:

    Kalau nak dikirakan Melayu Islam di Malaya ni telah lenyap sejak kedatangan Portugis Di Melaka. Mereka menjajah negara kita siap denganmembawa para mubaligh mereka sehingga kita merdeka pada 1957. Tapi kenapa kita maih lagi Islam sehingga kini??? Jawapannya seperti yg tuan katakan iaitu Zat Allah berserta dengan hukum hakamnya DIPERTAHANKAN bermati-matian dan mereka gugur syahid kerana memepertahankan Agama Allah.

    Tapi cuba kita lihat hari ini, Islam Hadhari yg mahu maju ke depan, agama tidak dipertahankan, hukum hakam dipermainkan, akhlak dan aktiviti ssoial dibiarkan kerana tidak mahu melanggar hak asasi manusia kononnya... dan banyak lagi perkara2 yg pemerintah tidak laksanakan mengikut hukum syariah yg sepatutnya.. wallahualam.

    ReplyDelete
  4. Mak Su

    Betul Mak Su, itulah yang kita mahukan.

    ReplyDelete
  5. mr edz

    Kita memang bersetuju dan mahukan yang terbaik untuk Islam tetapi polisi Kerajaan, kita tidak boleh buat apa-apa. Kecuali kerajaan ini tumbang. Itu tidak menjanjikan apa-apa.

    Sejarah menjadi bukti, macam mana Presiden Gamal Abdul Nasir lakukan kepada Ikhwan dan para Pemimpinnya?

    ReplyDelete
  6. W'salam sdr. Kulat

    Betul. Perjuangan memang perlukan pengorbanan. Kerana pengorbanan merekalah rasanya iman kita hari ini berada ditahap ini.

    Kalau ikutkan mereka yang menyambung pemerintahan orang puteh, lama dah kita lebur!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa