Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 28, 2010

Kenangan Sehari Bersama TG Sidi Abd. Latiff

"Kalu mu ada maso gilah jumpo Sidi Abd. latiff di Seberang Takir dan Sheikh Othman di Bagan Serai, mereka tu saing-saing aku" Itulah pesan Arwah Guruku setika saya mengunjunginya pada suatu petang di rumahnya.

TG Sidi Abd. Latiff adalah seorang Pendakwah dan Penceramah bebas pada era lewat 60'an dan awal 70'an. Manakala TG. Sheikh Othman pula adalah rakan seperguruan kepada Arwah Guru saya yang pada masa itu tinggal di Bagan Serai. Namun begitu saya hanya sempat berkunjung dan bertemu dengan TG Sidi Abd. Latiff sahaja sebelum mereka meninggal.

Jadi untuk memenuhi hajat Guru dan saya pun memang ingin berjumpa dengan seorang manusia yang namanya cukup gah di bidang dakwah pada masa itu, maka saya dan seorang kawan bermotosikal ke Seberang Takir mencari rumahnya.

Setelah bertanya sana sini, pada jam 6.00 petang lebih kurang saya sampai di rumahnya dan memberi salam. Salam dijawab dan dipersilakan naik ke rumah. Saya terangkan tujuan kedatangan saya dan sampaikan salam Guru kepadanya. TG Sidi Abd. Latiff kelihatan cukup gembira dengan kedatangan kami. Dengan ceria beliau mempelawa saya bermalam di rumahnya. Tapi yang anihnya beliau tidak pula mempelawa kawan yang datang bersama saya. Saya dan kawan saya itu berpandangan antara satu sama lain. Rupanya kawan saya itu faham apa yang tersirat dipandangan mata saya. Dengan bersahaja dia berkata "Din, kau tidurlah di sini. Aku akan balik bermalam di rumah Bapa Saudara aku di Kuala Terengganu. Esok selepas Solat Jumaat aku akan datang ambil". Jadi dengan hati yang terkilan saya melepaskan kawan saya balik ke Kuala Terengganu. Saya bermalamlah di situ. Ketika itu TG Sidi berada di rumah isterinya yang Ketiga. Sebenarnya TG Sidi ini beristeri tiga. Isteri Pertama dan Isteri Kedua tinggal di satu rumah lain yang berdekatan.

Ketika saya sampai tadi saya dapati TG Sidi menghidap Selesema yang teruk dan Batuk. Beliau tidak melepaskan tuala kecil "Good Morning" dari hidungnya menahan hingus yang menitis. Selepas solat Isyak dan makan malam beliau tetap juga gagah bersembang dengan saya berkenaan berbagai hal. Dari aspek dakwah, amalan, Kuliah Agama dan pengalaman pahit manisnya ketika menjalankan dakwah. Beliau pernah ditembak dan dihalau dengan pedang tetapi beliau cukup beristikamah dengan pekerjaan dakwah. Beliau redha dengan apa yang ditakdirkan kemudian. Kami bersembang sehinggalah jam 2.00 pagi. Selepas beliau tunjukkan bilik tidur saya, beliau minta izin untuk solat sunat dan zikir di bilik solat yang bersebelahan dengan bilik yang saya tidur.

Apa yang saya dengar dari mula saya baring sebelum terlelap, beliau solat dan selepas itu beliau berzikir sehinggalah saya tertidur. Satu keanihan bagi saya, bila saya terjaga jam 5.00 pagi untuk Solat Subuh saya masih mendengarnya berzikir. Ini bermakna malam tadi beliau tidak tidur. Saya berfikir panjang dan berkata di dalam hati "Padanlah TG Sidi ini dikatakan berkat, dalam keadaan sakit begitu pun beliau tidak tidur malah beribadat sehingga subuh"

Solat Subuh kami berjemaah di Masjid bersebelahan rumahnya dengan beliau yang menjadi Imam. Selepas Solat dan berwirid, beliau sambung dengan Kuliah Subuh sehinggalah jam 8.00 pagi. Selepas itu beliau mempelawa saya ke rumah Isteri Pertama dan Keduanya untuk bersarapan pagi.

Selepas sarapan pagi kami bersembang lagi bersama beliau dan anak-anak lelakinya. Sempatlah saya terima apa yang diperturunkan kepada saya ketika itu. Cuma satu perkara yang beliau akan perturunkan kepada saya bila saya menjenguknya pada lain masa. Beliau akan perturunkan "Lesen Hidup" pula. Saya ternganga kerana tidak faham. Beliau kata "Kalau kamu berlanggar dengan kereta pun, kereta akan koyak!". Fahamlah saya lebih kurang.

Kami bersembang sehinggalah tiba waktu Solat Jumaat. Selepas Solat Jumaat dan makan tengahari, kawan saya datang jemput dan kami pulang.

Pada fikiran saya beliau memang anih, bilakah beliau tidur? Walau pun tidak tidur semalaman dan sakit pula, beliau tidak nampak letih dan mengantuk. Menguap pun tidak. Ajaib sungguh.

26 comments:

  1. org sebegitu, mmg elok didampingi :)

    ReplyDelete
  2. aslamualikum ayahnda
    ni baru yang dinamakan berfikir dan hidup diluar kotak

    ReplyDelete
  3. salam Pak Din,

    tak berminat ke dengan "lesen hidup" tu....? mungkin bukan kebal aja, terbang pun boleh kalau amal zikir... betul ke Pak Din?

    ReplyDelete
  4. Mak Su

    Memang banyak yang dapat dipelajari dan jadikan panduan.

    ReplyDelete
  5. W'salam anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    Betul. Bila jasad terkurung, minda juga terkurung, idea kita terpenjara. Itulah sebabnya susah untuk menerima perubahan.

    ReplyDelete
  6. W'salam Anonymous.

    Tidak ada rezeki bagi Pak Din. Belum sempat berkujung kali kedua, beliau sudah meninggal.

    Zikir dengan niat lillahi ta'ala dengan bersungguh-sungguh apa pun boleh jadi dengan izin Allah.

    Dekatkan diri dengan Allah nescaya Allah akan dekat dengan kita.

    ReplyDelete
  7. Salam Pak Din,
    Ada lagi ke guru-guru macam tu di Malaysia sekarang ni ?

    ReplyDelete
  8. W'salam Anonymous

    Ada tetapi susah nak jumpa. Tak silap Pak Din di Besut dan Kemaman masih ada murid-murid susur galur dari Tok Ku Paloh dan TG Abdurrahman Limbong.

    ReplyDelete
  9. kalu tak silap yg dikatakan lesen hidup tu ialah 'sirrunubuw'ah'

    ReplyDelete
  10. salam. minta jasa baik tolong upload gambar Tn Guru Sidi Abdul Latiff. teima kasih.

    ReplyDelete
  11. W'salam sribuana

    Harap maaf kerana saya tidak ada menyimpan gambarnya makalumlah peristiwa ini berlaku lebih 40 tahun yang lalu. Di masa itu handphone masih belum ada lagi. Kalau nak ambil gambar pun kena bawa kamera dan saya memang tidak ada kamera.

    Tapi kalau saudara nak cari susur galurnya mungkin keluarga beliau masih ada di kampong seberang takir, kuala terengganu.

    Masa saya kunjungi beliau dulu, rumahnya berhampiran masjid seberang takir.

    Beliau ada anak yang pada masa itu menuntut di Kolej Islam Kelang. Namanya Mohamad Nasir

    ReplyDelete
  12. Tg sidi abdul latiff mmg x suka brgambar..
    saya anak beliau sendiri pn takde.

    ReplyDelete
  13. Tg sidi abdul latiff mmg x suka brgambar..
    saya anak beliau sendiri pn takde.

    ReplyDelete
  14. TG Sidi Abd. Latiff mmg tak suka bergambar..
    saya anak beliau sendiri pn takde.

    ReplyDelete
  15. A'kum hamra saa

    hamra saa kerana sudi singgah. saya teramat ingin berhubung dengan mana-mana ahli keluarga Sidi.

    Saudari ni adik kepada Mohd. Nasir ke?

    Kalau boleh tolong hubungi dan kalau tidak keberatan berikan alamat ke mountdweller88@yahoo.com atau mountdweller@gmail.com

    ReplyDelete
  16. Sy cuma menantu drp ank bongsu TG SAL..
    blh add kat facebook.

    ReplyDelete
  17. salam..saya adalah salah seorang cucu arwah TG Sidi ABdul Latiff.. ayah saya salah seorang anak arwah TG yg meneruskan perjuangan dalam berdakwah..tapi skrg ayah saya sudah tua.. masa ayah saya kecik,dia slalu ikut TG berdakwah..

    ReplyDelete
  18. W'salam Anon 5:27 PM 13 Feb.15

    Terima kasih kerana sudi menjelajah blog ini.

    Sekiranya luang bolehkah anakanda hubungi saya di mountdweller88@yahoo.com atau mountdweller@gmail.com kerana saya rasa perlu berhubung dengan waris terdekat Tuan Guru.

    Di manakah kubur beliau dan di manakah lagi anak-anak beliau?

    ReplyDelete
  19. Kubur beliau di Kg Batin, Seberang Takir,berdekatan dgn rumah beliau bersama isteri pertama & kedua. Anak2 beliau ramai di Trganu,ada juga di Pahang & Selangor.

    Saya dah emel ke emel ayahanda mountdweller@gmail.com

    ReplyDelete
  20. Anakanda anon 9:13 PM

    Terima kasih banyak. Anakanda dan keluarga menetap di mana dan siapakah ayah anakanda?

    Insya Allah kita berhubungan nanti

    ReplyDelete
  21. Assalam,saya slh seorg anak Allahyarham Sidi Abdul Latiff...saya still menetap di Seberang Takir...masa arwah meninggal saya umur 13 tahun..skrg dh 49. boleh hubungi saya utk serbasedikit about him...email:dseent@ yahoo.com
    wassalam.

    ReplyDelete
  22. Saya dan keluarga menetap di selangor..nama ayah saya ada saya maklumkan dlm emel..kebetulan pula adik saya kenal sgt dgn ank sulung ayahanda..

    ReplyDelete
  23. Salam,
    Yang Berbahagia Tuan Mountdweller.

    Saya amat mengenali keluarga Al Marhum TG Sidi Abd Latif. Antara anaknya yang terkenal ialah
    i. Dr. Hajjah Rohana bt Sidi. Abd. Latif, tinggal di Kampung Hulu Takir, Seberang Takir, K. Terengganu. Beliau mempunyai beberapa buah Klinik perubatan di Kuala Terengganu.

    ii. Cikgu Hajjah Rohaya ; Penolong Kanan/Pengetua disebuah Sekolah Asrama Penuh di Kuala Trg. Tinggal di Kampung Hulu Takir, Seberang Takir.
    iii. Mohd Nasir sudah 25 tahun tinggal di Shah Alam. Tak silap saya dia pernah mengajar di USM & Kolej universiti swasta.

    Tuan pergi saja ke Kampung Hulu Takir, Seberang Takir, K. Trg. Isteri bongsu & anak2 arwah masih ada di sana.

    Semoga tuan diberkati, insya' ALlah

    ReplyDelete
  24. W'salam Anon 3:33 PM

    Terima kasih banyak di atas info yang amat berguna pada saya. Insya Allah kalau saya ke KT saya akan cari mereka

    ReplyDelete
  25. Salam. Minta jasa bail ahli keluarga tn guru sidi Abdul latif nyatakan nama sebenar tn guru Dan asalnya Dari mama. Terima kasih

    ReplyDelete
  26. Syeikh ali badruddin.. Asal pattani thailand..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa