Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 8, 2010

Di Rancang Atau Kebutulan?

Ha..ha...ha... dah tergelak makhluk tua ni di keyboard!

Apa tidaknya semua manusia di Malaysia hanyut dengan isu yang sengaja ditindihkan atau timbulkan sekarang untuk mengelak letupan isu yang lebih besar.

Adakah segala isu yang muktakhir ini memang terjadi atau sengaja dijadikan dan apungkan kepada rakyat Malaysia supaya leka dengan isu yang lebih dikatakan sensasi? Terutama isu Liwat yang telah berjaya menghimpunkan tumpuan rakyat terhadap kes yang pada saya memang tolol!

Isu nama Allah, isu bakar Gereja dan Surau, isu Aduka Taruna, isu liwat, Isu JK Disiplin PAS dan yang terbaru isu Muzakarah. Tapi pada hemat saya isu Muzakarah ada haluan yang menguntungkan. Walau apa pun semua isu lain seolah dicipta untuk melindungi sesuatu yang lebih besar bagi mereka yang utamakan Negara dan Tanah Air.

Kerana isu-isu di ataslah maka segala isu yang lebih utama lenyap dari pemikiran rakyat. Isu kehilangan enjin jet, tenggelam. Isu pendedahan keborosan Mahathir, padam. Isu kebocoran maklumat keselamatan, hanyut. Isu SPRM dan Beng Hock, terbang. Isu ekonomi, longlai.

Tumpuan utama sekarang adalah kes Anwar. Segala simpati dan benci tertumpu ke situ.

Hari ini isu Nimitz pula.

Bijak...bijak..... inilah kelebihan sekumpulan manusia yang bijak!

Tapi adakah unsur kerjasama dari yang bodoh atau kebetulan?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa