Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 3, 2010

Titik Mula Perpecahan

Dari sini

Assalamualaikum,

Kepada:

Tuan Haji Mustafa Ali dan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man,

Saya, Abdul Rahman Abdul Talib, bernombor ahli 253812, Kawasan Lembah Pantai dengan tarikh daftar ahli 09/09/1987, ingin membuat aduan rasmi berkenaan salah laku beberapa Ahli Majlis Syura Ulama PAS yang telah melanggar peruntukan Perlembagaan PAS Pusat.

Mengiikut rakaman dialog Ustaz Nasaruddin Mat Isa dengan blogger2 UMNO dan PAS tempohari, satu mesyuarat “Majlis Syura Ulama” telah diadakan sebulan selepas tamatnya Pilihanraya Umum 2008.

(Sila rujuk Lampiran 1.0 dan 2.0 di bawah untuk mendengar rakaman tersebut. Untuk download rakaman tersebut, sila klik di sini.)

Di dalam mesyuarat tersebut, Ustaz Harun Din telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk “ Tahaluf Siyasi: Pasca 2008” yang, mengikut pengakuan Ustaz Nasa sendiri, menyaran parti supaya bercakap dengan UMNO secara bersendirian. Keputusan itu juga tidak pernah dirujuk kepada AJK PAS Pusat.

Mesyuarat yang dikatakan oleh Nasaruddin Mat Isa itu juga telah melantik Tuan Haji Mustafa Ali sendiri dan Ustaz NAsa mewakili PAS di dalam bercakap dengan UMNO.
Ini jelas melanggar Perlembagaan Parti kerana Majlis Syura Ulama tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan seperti itu. Lebih-lebih lagi keputusan tersebut tidak pernah dirujuk kepada Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat.

Ustaz Nasa sendiri, dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat di Ipoh menyatakan tindakan beliau berjumpa UMNO adalah atas keputusan Majlis Syura Ulama PAS. Ertinya secara terbuka Ustaz Nasaruddin Mat Isa melakukan
Lebih-lebih lagi keputusan itu tidak mendapat persetujuan dari Mursyidul Am PAS Pusat. Yang lebih menyedihkan adalah keputusan tersebut telah menyebabkan perpecahan yang sangat runcing dalam PAS sehingga hari ini.

Maka, saya memohon supaya mereka yang terlibat dalam mesyuarat tersebut dihadapkan ke JK Disiplin bagi kesalahan:
a. Melanggar Perlembagaan Parti
b. Menyebabkan perpecahan yang teruk dalam parti
c. Membelakangkan Mursyidul Am PAS Pusat
d. Membelakangkan AJK PAS Pusat yang dipertanggungjawabkan oleh Perlembagaan Parti untuk membuat keputusan Eksekutif.
e. Mengkhianati konsep Tahaluf Siyasi yang telah diluluskan sebelum ini
f. Mengkhianati persahabatan PAS dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat
g. Menjalin hubungan yang haram dengan UMNO

Saya mengharap aduan saya ini tidak disapu di bawah karpet sepertimana yang berlaku kepada aduan2 yang dibuat oleh Exco Pemuda PAS Pusat, saudara Abdullah Karim.

Sekian terima kasih

Abdul Rahman Abdul Talib aka Tulang Besi

p/s Aduan ini juga saya akan email pada Tuan Haji Mustafa Ali serta Tuan Ibrahim Tuan Man melalui SU JK Disiplin PAS Pusat, Dr. Supyan Husin.

http://www.malaysiawaves.com/2010/02/aduan-rasmi-tindakan-melanggar.html

8 comments:

  1. DARI DULU DAH KAMI DAH CAKAP NASA DAN MUSTAF ALI NI PATUT DITENDANG KELUAQ DARI PARTI.DEPA NI LAH DURI DALAM DAGING PADA PARTI PAS.SEBAB TU TGNA BERKERAS SUPAYA LUPAKAN SAJA SOAL PERPADUAN..AKU TAHU NASA NI ADA BUSINESS MINYAK(CRUDE & DIESEL).DIA NI ORANG BUSINESS SO KENA LINK NGAN KERAjaan...

    ReplyDelete
  2. Salam Ayahanda,

    Selagi Mustapa Ali dan semua gang UG memegang tampok kuasa/saf kepimpinan selagi itulah tiada apa2 tindakan akan di ambil.

    Repot jelah... tapi hamPAS... saya dah bosan dengan game diorang yang tak ubah seperti umno.

    ReplyDelete
  3. Tuan
    Terima kasih atas dan doa untuk sakura

    ReplyDelete
  4. Anonymous

    Kalau begitu maknanya duit mengatasi perjuangan Agama. Pengundi dah tertipu!

    ReplyDelete
  5. W'salam anakanda Isa.

    Ayahanda pun bertanggapan yang sama.

    ReplyDelete
  6. sakurasa 2

    Saya pun tumpang gembira pengembaraan sakura seolah hampir ke matlamatnya.

    ReplyDelete
  7. selama aku ikut-2 'chronicle' cerita yg berkaitan, memang aku sangsi memang ada 'pakatan' dlm Majlis Syura sendiri yg beriya-iya nak 'bersahabat dgn jin' ni. Apa punya Tahaluf Siyasi begitu? Ya, alasan mereka senang saja dihadam iaitu - UMNO tu orang kita juga, mereka orang Melayu & sama agama iaitu Islam.

    Kenapa perlu majoriti ulamak dlm PAS nak damai dgn UMNO yg sentiasa sabotaj dasar perjuangan PAS selama hari ni? Mungkinkah ada ulamak dlm Dewan Ulamak PAS Pusat atau Majlis Syura, tak pernah berkenan dgn pakatan dgn orang kafir (alasan digunakan ia DAP) sehingga kini...Mungkin juga mereka ini tak suka slogan 'PAS for all' yg dicanang oleh generasi pemuda aliran moderate/modenisasi/liberal etc seperti Mujahid Rawa, Khalid Samad & sesiapa saja yg mendokong aspirasi berkenaan. Maka kemudian mereka berani-berani mencuba timbulkan pula idea gagasan Presiden - 'Kerajaan Perpaduan' iaitu pakatan bersama UMNO-BN dlm hal tertentu, kononnya, hebat sandiwara mereka.

    ...till time tells us more about this conspiracy.

    ReplyDelete
  8. Hanz_Azdi

    Segala kemungkinan ada. Mungkin mereka beranggapan bergabung dengan Melayu/Islam yang tidak patuh adalah lebih baik daripada bergabung dengan siKafir yang keras (DAP). Tapi MCA an MIC tu apa?

    Mereka lupa rakyat mengundi mereka bukan untuk bergabung. Kalau nak bergabung adalah lebih baik rakyat mengundi BN. Mereka lupa rakyat mahukan perubahan.

    Pada unclelah, lebih baik mereka yang gilakan UG ni masuk saja UMNO. Selesai cerita dan lepas itu beritahu pengundi sebab apa mereka masuk UMNO.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa