Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 18, 2010

Hadi Atau UMNO Yang Berganjak?

Sumber dari sini

Baca fikir, renung (lihat dan fikir) dan nilai. Apa sebenarnya yang berlaku. UG is over kata Hadi but why the idea is still there? Masih diungkap dan diungkit?

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, UMNO kini melalui satu perubahan yang baik apabila parti itu tidak lagi menganggap agama dan politik sebagai dua perkara berbeza.

Katanya, ia juga merupakan satu proses anjakan paradigma kepada UMNO.

"Oleh sebab itu, perbincangan mengenai perkara asas antara Pas dan UMNO terutama Islam amat penting," katanya ketika ditemuramah sebuah stesen televisyen dan disiarkan melalui blognya http://presidenpas.org.my hari ini.

Abdul Hadi sebelum ini pernah menyatakan bahawa parti itu sedia bekerjasama dan berbincang dengan UMNO dalam setiap perkara termasuk yang berkaitan dengan hal politik dan agama.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Pas lebih tegas dalam pendiriannya sebelum membuat tawaran untuk berbincang dengan UMNO mengenai sebarang isu.

Abdul Hadi berkata, Pas telah mula 'meneroka' kerjasama tersebut apabila dijemput menghadiri perjumpaan dengan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Tun Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini.

Beliau berkata, Pas sentiasa terbuka dan positif terhadap perbincangan tersebut demi kebaikan semua pihak.

"Ada perkara yang boleh disatukan untuk kepentingan, keadilan, hak dan kebaikan semua. Walaupun ada persepsi negatif tetapi semua itu boleh dibincang, perkara yang boleh disatukan, boleh diraikan kita perlu bertolak ansur," katanya.

Beliau berkata, sebarang perbezaan pendapat antara Pas dan UMNO tidak lagi boleh dilihat sebagai satu prinsip yang jumud dan tidak boleh dirungkaikan melalui perundingan.

"Dengan itu, Pas bersedia untuk adakan perbincangan dalam perkara yang boleh dirungkaikan, diselesaikan secara bijaksana berpandu kepada prinsip fleksibel seperti di dalam al-Quran," katanya.

Ditanya apakah wujud percanggahan pendapat antara beliau dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Hadi berkata: ''Tidak ada sebarang percanggahan dengan beliau.''

Jelasnya, jika ada, ia adalah perbezaan pendapat dalam aspek-aspek tertentu namun bukan berkaitan soal agama.

Selanjutnya baca pandangan Pak Bakaq dan edyesdotcom

6 comments:

  1. Uncle Din,

    Bola tanggung ini saya smash di sini

    ReplyDelete
  2. hah..statemenct cam ni la yang buat blogger2 UMNO bersorak....kata PAS nak rujuk ngn UMNO balik la...apa yang hadi nyatakan sume pandangan die..tak sama ngn pandangan UMNO...UMNO tetap membezakan..PAS kena ingat jugak dengan kelab penyokong PAS..

    ReplyDelete
  3. previously commented at penarik beca & edyesdotcom:
    "pak

    tok guru nik aziz pun ada juga sebut dlm kuliah2nya sesekali ..lebih kurang camni " umno pun lo ni doh x sebut dah politik suku ugama suku macam dulu2 " dll seerti...

    ..x yah buat isu la benda camni pak..

    mz"

    dgn tambahan : ni sah la perangkap umno ni pasal kita dok serang hj hadi aje..jgn salah anggap aku pun antiUG, tp masih rasional
    _______________________________
    klu org tua ni ckp ko diam jerrr takde lak nak sindir... tak abis2 menyebarkn fitnah tp ckp islam hebat

    nt erdogon

    ReplyDelete
  4. Edyes

    Smashlah sehingga sehingga terkeluar biji mata!

    ReplyDelete
  5. AzamDean

    Kita yang membuka ruang untuk dibelasah. Kalau herot muka, janganlah kata orang yang salah.

    ReplyDelete
  6. Anonymous

    Saya tidak marahkan body tapi marahkan lidah yang membuka ruang untuk ditafsir dan dibelasah. Jadi UMNO hanya berpeluk tubuh menonton PAS membelasah sesama sendiri.

    Bukankah itu agenda UMNO yang diterapkan ke kepala Pemimpin PAS? Jadi harap Pemimpin PAS ni sedarlah sikit. Fikirkanlah sentimen Pentokong dan Ahli.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa