Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, February 28, 2010

Teori 3M Digagalkan Media Baru

Di bawah adalah petikan N3 dari BRIGED MP SEGAMBUT yang menarik bagi saya.

Baca sepenuhnya di sini

Apakah pula pandangan anda terhadap Perenggan-Perenggan yang saya kuningkan di bawah?

Rakyat mungkin tidak asing dengan teori 3M, iaitu Money (wang), Machinery (jentera kerajaan) and Media yang memenangkan Barisan Nasional dalam semua pilihan raya umum (PRU) yang lalu. Bagaimanapun, teori 3M ini hampir gagal, apabila internet menembusi gelanggang media pada PRU ke-12, membawa impak "tsunami" kepada politik tanahair Malaysia.


Abu Hassan Hasbullah juga berkongsi pengamatan dan pengalaman dirinya, dalam proses bagaimana media baru telah membawa perubahan dalam demokrasi. Untuk berdepan dengan media baru, beliau menekankan bahawa arus sedemikian "tidak boleh" dan "jangan (di-)halang". Mereka yang berbeza pendapat bakal bangkit dan menyanggah sesuatu pandangan yang lain.

Beliau juga menceritakan bagaimana media primitif kehilangan kredibilitinya, dengan menunjukkan data bahawa kajian mendapati 73% kanak-kanak yang berusia antara 6 hingga 12 tahun berminat terhadap perbuatan sodomi kerana ingin tahu. Beliau sebagai anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) baru-baru ini "mengamuk", meluahkan ketidakpuasannya kerana mereka terpaksa melanggani Berita Harian atau Utusan Malaysia untuk anak mereka, bagi mendapatkan akhbar Didik yang terselit dalamnya. Dengan kata lain, segala liputan akhbar tersebut untuk isu liwat akan dibaca oleh anak-anak mereka.

Beliau mendakwa bahawa dirinya sedia bangkit untuk menentang keadaan ini, kerana untuk dirinya, demokrasi dan kebebasan bermaksud "participate" (penyertaan).

Keasyikan terhadap Internet

Fathi Aris Omar (gambar kanan) berkongsi pengamatannya bahawa wujudnya fenomena di mana media kini lebih cenderung untuk memainkan isu politiking, personaliti daripada isu sebenarnya. Beliau mengambil contoh bagaimana berita Zahrain Mohamed Hashim, Tan Tee Beng dan Zulkifli Noordin keluar (atau mungkin keluar) parti dimainkan untuk tiga minggu, sedangkan isu yang memberi impak dalam kehidupan seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diabaikan.

Berbanding dengan Abu Hassan Hasbullah, beliau lebih pesimis terhadap "kebangkitan media baru", kerana meragui kecapaiannya kepada khalayak yang lebih ramai, bahkan sejauh manakah kandungan media tersebut mampu berfungsi untuk "convert" audien lain.

Ketika mengulas fenomena keasyikan kepada internet dan keghairahan untuk blog dan facebook, beliau berkata, "Jangan-jangan perkara itu mengasyikkan dan melekakan pembangkang sehingga pembangkang tak buat kerja, kerana dalam konteks Malaysia, mahu atau tidak, suka atau tidak, pendekatan tradisional untuk mendampingi (approach) pengundi masih penting.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa