Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 3, 2010

Pemberontakkah Ku Li?

Petikan dari sini

AHLI
Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dinasihatkan supaya meninggalkan UMNO dan menyertai pembangkang khususnya PAS.


Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, dengan menyertai pembangkang Tengku Razaleigh bebas untuk mengecam kerajaan.


“Tinggalkan UMNO dan masuk PAS kalau dia benar-benar mahu bersekongkol dengan pembangkang dan teringin untuk menjadi Perdana Menteri,” tegasnya.

Beliau berkata, Tengku Razaleigh sebenarnya berasa begitu seronok apabila diberikan peluang berceramah dihadapan puluhan ribu pendengar.


“Tengku Razaleigh sudah lama tenggelam dan tidak berpeluang bercakap di hadapan orang ramai, maka apabila peluang diberikan oleh pembangkang, maka dia berasa begitu seronok,” tambahnya.

“Ahli Parlimen Gua Musang itu sudah lupa diri bahawa dia masih lagi pemimpin UMNO dan terikat dengan peraturan dan tatatertib parti,”.

Bagaimanapun jelas beliau, Tengku Razaleigh telah memilih jalan bertentangan dengan aspirasi parti, maka seeloknya dia segera meninggalkan UMNO tanpa menunggu tindakan parti.

Syed Ali mengulas kenyataan Tengku Razaleigh bahawa UMNO boleh mengambil apa sahaja tindakan ke atas beliau kerana kemunculannya di pentas pembangkang bagi menuntut royalti minyak seperti disiarkan oleh akhbar tempatan hari ini.

“Tengku Razaleigh telah memilih jalan singkat supaya dirinya dilihat masih popular dengan berada di pentas pembangkang berhubung isu royalti minyak,” tegasnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan Ahli Parlimen Gua Musang itu mengambil peluang dengan ‘ketiadaan’ Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meraih populariti.

“Barangkali ketika Anwar sedang berdepan dengan perbicaraan kes liwat, maka Tengku Razaleigh guna kesempatan itu untuk menonjolkan dirinya,” ujar beliau.

Syed Ali mendedahkan bahawa sememangnya Tengku Razaleigh dan Anwar mempunyai impian yang sama untuk menjadi Perdana Menteri.

“Mungkin menyedari impian Anwar semakin hancur berikutan kes liwat, maka inilah peluang kepada Tengku Razaleigh untuk menjadi juara,” tegasnya lagi.

Syed Ali kecewa kerana perbuatan seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana UMNO khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengamalkan dasar ‘tutup pintu’ kepada mana-mana pemimpin untuk menyuarakan pendapat.

“Pada hemat saya, Najib sudah tentu bersedia bersemuka dengan Tengku Razaleigh jika beliau berniat ikhlas untuk berbincang berhubung isu royalti minyak di Kelantan,” katanya.

Menurut beliau, Tengku Razaleigh sebagai pemimpin veteran sepatutnya lebih mengetahui bahawa kepentingan parti lebih utama daripada agenda peribadi.

Kata saya :

Syed Ali masih tidak kenal Ku Li. Ku Li anak Kelantan jati dan jiwa beliau adalah jiwa Raja yang berada di bumi bersama Rakyat Kelantan. Maka Rakyat adalah keutamaan baginya. Beliau bingkas kerana hak Rakyat Kelantan dinafikan oleh Kerajaan Pusat yang kuasai oleh pertinya sendiri iaitu UMNO/BN yang hanya merupakan pihak ketiga di dalam Perjanjian Royalti Petronas tetapi mengambil peranan utama membayangi Petronas.

Kerana hak itulah Ku Li bangkit. Ku Li bukan jenis pencacai walau pun pernah beliau berkata yang beliau rela jadi Gurkha!. Tapi rupanya Gurkha Ku Li Gurkha bertempat. Ku Li kenal antara najis dan kueh. Ku Li kenal antara baik dan jahat. Ku Li kenal antara Perompak dan mangsa.

Nampaknya kerana Rakyat Ku Li rela membelakangi peraturan partinya sendiri. Syed Ali gagal menilai dan menyingkap sejarah politik Ku Li. Ku Li punya prinsip yang teguh walau pun beliau orang politik. Di sinilah Syed Ali silap menilai Ku Li. Ku Li akan menyanggah apa saja yang berlawanan dengan prinsipnya hatta partinya sekali pun. Jangan anggap Ku Li setaraf dengan Rais Yatim!

Syed Ali berkata Najib tidak menutup pintu dan mendengar apa-apa masalah yang dibangkitkan. Tetapi apakah Najib mendengar dan bertindak sekiranya betul dan wajar? Kalau setakat mendengar tanpa tindakan apa gunanya untuk Rakyat Kelantan.

Masalah nak jadi PM atau pun tidak bukanlah perkara yang patut diungkit. Bukankah semua Pemimpin Politik tidak kiralah di pihak BN/UMNO atau PAS atau PKR, semuanya impikan kerusi PM. Jangan kata tidak, nanti bohong muntah darah dek tulah rakyat!

16 comments:

  1. Syed Ali itu janganlah perasaan sangat kononnya keturunan Syed-syed ini adalah keturunan Nabi Muhammad SAW. Setahu saya walaupun ada Syed keturunan Nabi tetapi mereka tidak akan mengakunya. Kalau ada keturunan Syed yang mereka itu keturunan Nabi sepatutnya sifat mereka tidaklah assabiyah sperti Syed Ali. Secara zahirnya saya tak nampak Syed Ali itu ada perwatakan keturunun Nabi. Watak keturunan Nabi adalah bersifat Zuhud.

    Syed Ali jangan merepek sekurang-kurangnya Ku Li berani menyatakan benar. Ku Li is not looking for publisiti but Syed Ali you are. Until a wheel chair to OKU got stated your name on it. So you are just a normal Syed and your blood and your character are not even close to the Prophet Mohammad's blood. Kita kena ingat pesanan Nabi Muhammad SAW jika ada umat-umat aku bersifat assabiyah tidak akau mengaku dia itu sebgai umat ku.

    I rest my case.

    ReplyDelete
  2. Pemimpin Umno Kelantan yang saya perhatikan semuanya IQ tahap banggang, sepatutnya mereka yang beriya menuntut Royalti minyak dari kerajaan pusat barulah namanya berjiwa Kelantan. Ini tidak, sebolehnya nak dihalang. Kalau nak simpati undi kenalah berbudi, kalaulah begini caranya Umno melayan rakyat kelantan sampai bila-bila pun tak akan dapat merampas Kelantan dari Pas.

    ReplyDelete
  3. Bro

    Siapalah syed ali jika dibandingkan dengan TR dari segi jasa, kepimpinan dalam politik negara. Nak samakan syed ali dengan melukut ditepi gantang adalah satu penghinaan kepada TR dan jasanya kepada negara.

    Kalau dalam politik kelantan, syed ali ni sama kelas dengan berahim ali je. bagi free pun orang tak nak.


    awang labor

    ReplyDelete
  4. Salam ayahnda,
    Kuli nak jadi PM rasanya tak akan di restui oleh rakyat.Kuli dan Berahim Ali adalah sama di mata rakyat.Cuma kuli lebih tinggi tarafnya sebab pernah pegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan.
    hakikat sebenarnya kedua-dua individu itu hanyalah katak politik di mata rakyat samaada yang pro kerajaan atau pembangkang.

    ReplyDelete
  5. HIDUP KU LI!!!

    BARU ANAK JATE KELATE CAWAT KOTE

    BASO BODO PUAK2 UMNO, DAYUS!!!!

    ReplyDelete
  6. Encik Anoymous..
    Syed Ali tu Keturunan Nabi ketuanan Melayu yang nama Haji Kahar....kah..kah..kah...

    Bila buat ibadah haji pusing keliling rumah dia je...kah..kah..kah..
    bila letih dahaga boleh minum beer dan arak...kah..kah..kah..

    Tapi macam mana pun Ayah Pin jugak hebat.. Siap ada kerajaan langit lagi tu..

    ReplyDelete
  7. Anonymous

    Tak payah banggakan dengan keturunan. Kalau derhakakan Allah, Syed pun ke neraka juga.

    Kalau ada lagi Rasulallah sekarang pun rasanya baginda akan murka kerana menyorok kebenaran. Takut untuk berkata yang benar dan memberikan kepada yang hak.

    ReplyDelete
  8. spyrakyat

    Pemimpin UMNO Kelantan dibangangkan oleh pangkat dan kedudukan. Mereka lupa yang mereka adalah Pemimpin Rakyat Kelantan.

    Kerana nafsu mereka menjadi buta perasaan dan hilang jati diri.

    ReplyDelete
  9. Anonymous

    Memang bandinganya bagai langit dan bumi. Budak hingusan dan dewasa!

    ReplyDelete
  10. W'salam anakanda ijoks

    Ada betulnya juga. Tetapi pada ayahanda Ku Li menjadi kata dengan bersebab.

    Tapi tahap penerimaan rakyat terhadapnya susah juga untuk diduga.

    ReplyDelete
  11. Anonymous

    Ya.. Ku Li menunjukkan jantannya walau pun diasak. Semangat Kelantannya tidak terkubur sebagaimana Mustafa dan Awang Adek.

    ReplyDelete
  12. Tok Ketua

    Betul tu, setidak-tidaknya Ayah Pin ada Kerajaan Langit!

    ReplyDelete
  13. Salam sahabatku Mountdweller,

    Syed Ali dan Ku Li adalah pengikut UMNO. Tetapi kalau dibandingkan Syed Ali dengan Ku Li, ianya bagai langit dan bumi. Ku Li pernah menunjukkan kejantanannya mencabar mantan PEIM Malaya dan hero dunia ketiga dalam persaingan jawatan Presiden UMNO kerana beliau tidak setuju dengan lagak dan sifat Dr M yang seperti diktator dan merugikan umat Islam Melayu. Jelas , Ku Li ada keberanian sebagai anak jantan.

    Yang seorang lagi yang kononnya berketurunan Nabi, (tak ada jaminan masuk syurga tanpa banyak soal, melainkan ahlul Bait yang telah Nabi S.A.W nyatakan dalam hadisnya yang sahih lagi hasan), hanyalah badut pondan UMNO yang suka mencari populari murahan demi mendapat tempat dalam parti yang korup dan rakus itu.

    Sekian pandangan hamba yang kurang cerdik ini.

    ReplyDelete
  14. spyrakyat,

    Mereka lagi senang kalau Pas terus perintah Kelantan. Kan lebih senang mentadbir Peruntukan di JPP dari Peruntukan di Perbendaharaan Negeri.

    ReplyDelete
  15. Anonymous

    Benar kata saudara. Mana lebih baik duit di dalam poket sendiri dari dalam poket orang lain?

    ReplyDelete
  16. W'salam sdrku Syeikh

    Memang benar kejantanan Ku Li telah terbukti tetapi adakah jantan si Syed yang mendakwa keturunan Nabi tetapi sanggup jadi tungku untuk menampung periuk orang lain?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa