Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 9, 2010

Mahukah Mereka Mendengarnya?

N3 terakhir untuk PAS...

Cadangan Mursyidul Am PAS, Datuk Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini supaya muktamar khas (EGM) PAS diadakan bagi menangani masalah yang berbangkit dalam parti, ditimbulkan semula oleh seorang pemimpin kanan PAS Pahang.


Timbalan pesuruhjaya PAS Pahang, Dr Hamzah Jaafar membuat gesaan tersebut kerana mendakwa jawatankuasa disiplin parti itu dilihat 'gagal' menangani masalah dalam parti itu.

Beliau merujuk kepada keputusan jawatankuasa itu terhadap dua PAS Selangor yang telah menimbulkan pelbagai reaksi yang berat sebelah terhadap kedua-dua pihak.

"Daripada sudut penghakiman sudah adil. Tetapi sebenarnya tidak betul. Walaupun kita kena akur pada keputusan jawatankuasa disiplin, ia mungkin tidak betul.

"Sebab itu ia perlu diselesaikan secara muafakat. Saya hendak petik (pakar perlembagaan) Dr Abdul Aziz Bari, mahkamah tidak selalu menyelesaikan masalah, begitu juga dengan jawatankuasa disiplin," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Dr Hamzah diminta mengulas lanjut mengenai tulisan di blognya, yang antaranya merakamkan kembali ketidakpuasan hati banyak pihak terhadap keputusan jawatankuasa yang dipengerusikan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang juga pesuruhjaya PAS Pahang.

Pada 29 Januari lalu, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali didapati bersalah, masing-masing terhadap dua pertuduhan terhadap mereka.

Bagaimanapun, permulaan rasa tidak puas hati tercetus apabila Khalid digantung jawatan di pelbagai peringkat, manakala Dr Hasan pula hanya diberikan surat amaran.

Dr Hamzah menegaskan, beliau tidak mempertikaikan keputusan jawatankuasa tersebut atau cuba membela exco Pemuda Abdullah Karim - yang paling lantang membuat mengkritik - tetapi meminta kedua-dua pihak dihormati.

Katanya, kedua-dua pihak, sama ada yang menyokong atau menentang keputusan itu, dilihat berat sebelah menyatakan pandangan masing-masing terhadap kedua-dua pemimpin terbabit.

"Sebab itu saya cadangkan kita ambil jalan tengah ( dengan berbincang)," katanya.

"Eloklah kita kembali pada cadangan mursyidul am Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya mengadakan EGM.

"Asalnya hendak selesaikan masalah kerajaan perpaduan, tetapi meleret pula, berkait-kait dengan Khalid pula," katanya.

Beliau berharap pemimpin parti itu di peringkat pusat dapat membincangkan cadangannya itu kerana pemimpin sepertinya hanya boleh memberikan komen semata-mata.

Pada 22 Oktober lalu, Nik Aziz mencadangkan PAS mengadakan EGM membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah" dan isu kerajaan perpaduan.

Antara pemimpin yang dinamakannya, Dr Hasan, timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Bagaimanapun, setelah dibincangkan dalam jawatankuasa pusat parti itu, cadangan tersebut digantikan dengan seminar politik yang turut melibatkan ahli akademik dan pengamat politik.

Sementara itu, Dr Hamzah juga mencadangkan supaya perlembagaan parti itu dipinda bagi membolehkan tokoh PAS yang tidak berada dalam organisasi parti mengetuai jawatankuasa disiplinnya.

Perlembagaan PAS menetapkan, pengerusi jawatankuasa disiplin mestilah dipilih daripada kalangan pemimpin yang mempunyai jawatan dalam parti.

Bagaimanapun, anggota-anggota panelnya dibenarkan dilantik daripada kalangan bukan penjawat parti.

"Ambillah orang yang tidak ada kepentingan dalam parti. Kalau orang parti ini mungkin serba salah sikit kalau ahli jawatankuasnya sendiri buat salah.

"Keputusan (melantik Tuan Ibrahim) ini dari awal lagi sudah tidak kena. Harap pimpinan ambil berat," katanya.

Sumber asal Malaysiakini

2 comments:

  1. n3 terakhir untuk PAS?? kenapa pulak terakhir?

    ReplyDelete
  2. irsya

    Maksudnya saya dah malas nak tegur PAS. Tak apalah, berikan masa untuk mereka lakukan apa yang mereka fikir patut.

    Rakyat dan Pengundi pun harus buat dan lakukan apa yang difikirkan patut.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa