Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 6, 2010

Kenyataan Yang Cukup Berhemah

Saya tertarik dengan N3 ini. Amat lunak dan nyaman. Ini adalah luahan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dr. Hamzah Jaafar terhadap keputusan JK Disiplin PAS baru-baru ini. Saya suka cara penjelasan ini. Di bawah hanyalah saya ambilkan sedikit petikannya. Baca sepenuhnya di sini

Dalam kes ini, saya dapat rumuskan bahawa ramai yang tidak puas hati dengan keputusan JK Disiplin kerana mereka yang dilihat menggongcangkan Pakatan Rakyat, dikenakan hukuman ringan manakala yang cuba memperkemaskan hubungan PR dikenakan hukuman yang berat. Sedangkan Tok Guru Nik Aziz pula memandang berat kes ahli atau pimpinan PAS yang cuba hendak melemahkan PR sehingga beliau mencadangkan EGM diadakan. Tok Guru kelihatan tegas terhadap mana-mana ahli atau pimpinan yang mengkhianati ikatan PR. Ketegasan beliau boleh dilihat apabila Tok Guru menunjukkan kepada 3 pemimpin supaya dibei perhatian dan diambil tindakan (tak perlu disebut namanya). Tegas Tok Guru ni samalah dengan tegasnya Allah swt terhadap orang yang berdosa terhadap hambanya yang lain. Allah swt boleh berlembut bila melihat kepada dosa hamba denganNya. Tapi... Allah swt tidak boleh bertolak ansur bila hambanya mempunyai kesalahan dengan orang lain. Artinya kesalahan ahli dengan rakan dalam PR (orang luar) adalah lebih besar jika dibandingkan dengan kesalahan ahli dalam partinya sendiri.

Kegagalan menjaga erti 'setiakawan' dalam PR akan memberi impak negatif yang besar kepada PAS. Orang akan kata PAS tidak boleh dipercayai. Oleh kerana PAS membawa imej Islam maka Islam akan turut sama tercemar dan kelihatan hodoh.

Fenomena ketidakpuasan hati ini menjadi lebih hangat apabila Abdullah Karim menulis. Bagi saya..tindakan beliau dan siapa jua yang menegur dan mengkritik PAS, sebenarnya melambangkan betapa sayangnya beliau dan mereka-mereka itu kepada PAS. Kritikan dan teguran masakini pula amat sukar untuk diasuh dan di'etika'kan kerana zaman telah berubah. Dulu orang tegur 'depan-depan'. Tapi... sekarang lain. Zaman sekarang adalah zaman internet, zaman orang menegur dengan jari yang diketuk pada laptop atau komputer lalu terus keluar di dalam blog lantas menembusi alam maya sampai ke Mexico, Jepun, Algeria, Mesir, China, India dan seumpamanya.

8 comments:

  1. Salam Ayahanda,

    Memang benar... apabila kita menegur kerana kita sayangkan parti. Tetapi pemimpin parti itu sendiri yang bodoh sombong tahap baghal.

    Maaf, bahasa kasar sebab dah menyampah dengan sikap pemimpin PAS yang bodoh sombong.

    Dalam blog saya pun semua gambar dan logo berkaitan PAS telah di buang.

    Lebih baik saya belasah umno dan si sepol tu lagi bagus, kerana diorang yu dah tentu sekular. Daripada PAS yang mengaku Perjuangkan Islam tetapi hamPAS...

    ReplyDelete
  2. Tu pasti seorang yang sedar diri & terima kenyataan (realiti politik semasa).. malangnya, ia tak lebih drp 'Melukut di tepi gantang' kerana tak ramai pemimpin berjiwa besar sebegitu lagi. Hat yg ada rata-rata membisu,pak turut, pengampu walau tahu ada penyakit yg membarah dlm PAS. Lebih malang kalau tiada apa impak yg signifikan untuk agenda perubahan kpd PAS dlm kadar segera.

    ReplyDelete
  3. Salam uncle

    Masalahnya uncle, walau selembut bak sutera sekalipun kata-kata dilontarkan tapi jika telinga sengaja ditulikan.. alamak sampai bilapun sekadar masuk keluar..masuk keluar..

    Kritikan kini dihujung jari. so kepada yang berkenaan kena peka..

    ReplyDelete
  4. Salam Pak Din... maaflah saya bukan org politik dan tak pernah daftar menjadi mana-mana ahli tapi saya setia menyokong sesiapa shj yg ingin mendaulatkan keagungan dan kesucian islam nak kata pejuang islam tu taklah, tak sampai makam lagi.

    tapi dalam hal ni saya juga rasa frust sgt... pimpinan pas dah macam Umno dah. tengoklah kalau masih yakin dan percaya lagi dgn kepimpinan mereka ni maka adalah 1 undian pada mereka kalau tak jgn harap la..... hanya itu shj hukuman yg selayaknya diberi kepada mereka. Wassalam

    KECEWA SGT.....

    ReplyDelete
  5. W'salam anakanda Isa

    Ayahanda memang merasa kesal kerana harapan pengundi di PRU12 dulu diabaikan dan tidak kesampaian oleh Pemimpin yang mereka percayaai dan letakkan harapan.

    ReplyDelete
  6. Hanz

    Di dalam politik yang berteraskan nafsu atau dihanyutkan, mengikut pengalaman Pak Din orang yang begini tidak akan dipandang serius dan kadang kala dipandang sebagai pengacau pula.

    ReplyDelete
  7. W'salam Rashid.

    Memang payah bila telinga sengaja ditulikan dan mata sengaja dibutakan dan naluri rasa pula mati!

    ReplyDelete
  8. muraisenja

    memang kecewa, Pak Din pun cukup kecewa sebenarnya. Itulah sebabnya posting nada marah.

    Meraka memang jauh lagi untuk mengambil tampuk pemerintahan negara dari BN. Kalau dapat pun negara akan berterabur jadinya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa