Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 23, 2013

Nafi Pulaak!

Pada aku penafian orang politik tidak pelik dan tidak pernah memeranjatkan!
Tengoklah Zahid Hamidi, kemek buka kawan tu dikerjakan dengan bukti bergambar lagi tapi beliau menafikan, bahkan menyaman fitnah lagi....
Itulah orang politik yang sedang memegang kuasa!

Ketua Menteri Sabah nafi terlibat dalam projek IC
OLEH LEE SHI-IAN
JULY 23, 2013
Datuk Seri Musa Aman menafikan dakwaan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penglibatannya dalam 'Projek IC' dengan mencari pendatang asing untuk diberi kad pengenalan
Tuduhan itu dibuat bekas senator dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dr Chong Eng Leong pada RCI berhubung dengan pendatang haram di Sabah, minggu lalu.
Bekas Peguam Negeri Sabah, Datuk Anthony Roderick Fernandez hadir ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dan meminta kebenaran dari panel lima hakim mengenai nota rasmi prosiding Dr Chong.
Dr Chong menuduh Musa mengetuai pasukan khas Umno Sabah mencari pendatang asing untuk didaftarkan sebagai ahli parti dan memastikan mereka mengundi Barisan Nasional (BN).
Beliau mendakwa mendapat maklumat daripada Jabar Khan, setiausaha task force yang ditubuhkan pada 1991. – 23 Julai, 2013
# bagi akulaa....aku minta kerajaan jangan sia-siakan hasil kerja RCI yang juga tentunya memakan belanja duit rakyat.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa