Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 22, 2013

Sudah Tidak Adakah Lagi Tempat Selamat?

Oh Malaysia tanah airku.....
Rakyat sentiasa hidup di dalam kebimbangan
Adakah politik diutamakan, keselamatan rakyat terabai?

Ahad Julai 21, 2013
Remaja Dilapor Hilang Ditemui
GEORGE TOWN: Remaja perempuan berumur 14 tahun yang dilapor hilang dari rumhnya di Sungai Ara, Bayan Lepas pada Jumaat lalu ditemui awal pagi Ahad.
Dia ditemui masih dalam pakaian tidur seperti ketika dia dilapor hilang, pada pukul 1 pagi oleh seorang penoreh di pinggir kebun getah, beberapa kilometer dari rumahnya.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Hatta Md Zin berkata remaja itu kelihatan bingung dan trauma serta lemah dipercayai kerana tidak mendapat makanan.
"Berdasarkan keterangan mangsa, dia mendakwa diculik dua lelaki bertopeng dan dibawa naik ke atas bukit serta dirogol oleh salah seorang suspek," katanya ketika dihubungi.
Keluarganya telah dimaklumkan mengenai penemuannya dan dia kini dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Hatta berkata pihak polis masih belum mengenal pasti identiti suspek dan usaha mengesan sedang dilakukan.
Mangsa disedari hilang pada pukul 6 pagi dengan selimut miliknya dijumpai dibelakang rumahnya.
Menurut keluarganya, rumah mereka yang terletak di atas bukit tidak dikunci pada malam tersebut bagi memudahkan seorang lagi anggota keluarga mereka yang pulang lewat memasukinya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa