Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 31, 2013

Lagi Mati Ditembak! - Gambar

Rakyat hidup di dalam kebimbangan...

Kali ini di Parit Buntar dan gambar mangsa tersebar!
Seorang penduduk Taman Semarak Parit Buntar berketurunan India telah mati ditembak sekitar jam 10.30 pagi tadi berdekatan dengan simpang tiga tidak jauh dari Sekolah Kebangsaan Baru Parit Buntar.

Menurut saksi sebanyak 3 das tembakan telah di lepaskan ke arah mangsa dan 2 darinya kena pada mangsa.
Satu di bahagian hati dan satu di bahagian perut.
Tembakan tersebut juga jelas kedengaran dari Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang yang terletak hampir 1 km dari tempat kejadian.

Dikatakan mangsa dengan menaiki motosikal telah ditembak dari jarak dekat oleh 2 orang yang tidak di kenali yang juga menaiki sebuah motosikal.

Sehingga jam 1 petang masih ramai kaum india berada berdekatan lokasi yang juga simpang menghala ke Pejabat Pendidikan Daerah Kerian itu.- sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa