Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 28, 2013

Kaherah Makin Berdarah!

Sekurang-Kurangnya 72 Terbunuh Dalam Demonstrasi Di Kaherah
KAHERAH: Sekurang-kurangnya 72 orang terbunuh dalam pertempuran di Kaherah pada Sabtu, menurut Kementerian Kesihatan Mesir selepas keganasan berlaku pada demonstrasi yang menyokong bekas Presiden Mohamed Morsi.
Kementerian itu berkata sembilan yang lain meninggal dunia dalam keganasan di bandar kedua Mesir, Alexandria, sehari sebelum itu, meletakkan jumlah dalam dua hari pergolakan pada angka 81.
Pertumpahan darah di Kaherah adalah yang terburuk sejak penyingkiran Morsi dalam satu rampasan kuasa yang diketuai tentera pada 3 Julai lalu dan mendorong kecaman domestik dan antarabangsa, manakala penunjuk perasaan menuduh pasukan keselamatan menggunakan peluru hidup.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry, yang mana negara itu menyumbang berjuta-juta dolar dalam bantuan ketenteraan dan ekonomi ke Mesir, menyatakan "kebimbangan mendalam" Washington terhadap pertumpahan darah.
Dalam satu kenyataan, Kerry juga berkata pihak berkuasa mempunyai "tanggungjawab moral dan undang-undang untuk menghormati hak berhimpun secara aman dan kebebasan bersuara".
Aref Ahmed, jurucakap Morsi dari Ikhwanul Muslimin berkata 66 orang terbunuh di masjid Rabaa al-Adawiya, Kaherah, di mana penyokong-penyokong presiden yang digulingkan telah berkhemah. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa