Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 26, 2013

Perkara Dah Selesai, Selesailah. Apa Nak Dibisingkan Lagi?

Apa sebab nak taruk cili ke dalam gulai yang pedas?

Sekolah berhak tidak beritahu segalanya kepada ibu bapa, kata PIBG Seri Pristana
OLEH YISWAREE PALANSAMY
JULY 26, 2013
LATEST UPDATE: JULY 26, 2013 05:20 PM
Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Seri Pristana, Hussein Mohd Ariff, berkata pihak berkuasa sekolah mempunyai hak untuk membuat keputusan mengubah lokasi kantin tanpa memberitahu ibu bapa murid.
Beliau juga mengaku bahawa majority ibu bapa tidak diberitahu mengenai bilik persalinan berkenaan akan dijadikan ruang tambahan kepada kantin.
“Kita tidak sepatutnya mencampuri urusan pentadbiran sekolah. Kita di situ untuk memberi sokongan dan mengumpul dana untuk program mereka,” katanya.“Sekolah berhak memilih untuk memberitahu ibu bapa atau tidak dan ini termasuk keputusan untuk membuka bilik persalinan itu untuk dijadikan kantin,” katanya kepada The Malaysian Insider, hari ini.
Dalam temubual terdahulu, Hussein memberita The Malaysian Insider bahawa ibu bapa dimaklumkan mengenai perkara itu dalam mesyuarat PIBG.
Beliau berkata, Guru Besar, Mohd Nasir Mohd Noor membuat pengumuman itu dan meminta maklum balas daripada ibu bapa.
Hussein berkata, pentadbiran sekolah meneruskan rancangan itu apabila tiada bantahan diterima daripada ibu bapa dan bilik persalinan itu dijadikan kantin sejak Mac lalu.
“Kita percaya pihak berkuasa sekolah sudah mengkaji pilihan lain yang ada sebelum mengambil keputusan itu.
“Ia bukan mengenai mendapatkan keizinan ibu bapa, tetapi sama ada ia selaras dengan garis panduan sekolah. Kita percaya sekolah melakukannya ikhlas untuk menjaga kebajikan murid,” katanya.
Beliau juga menafikan tuduhan menutup perkara itu oleh sekolah atau PIBG.
“Saya yang terperangkap di tengah-tengah, sama ada saya patut memberitahu ibu bapa.
“Tidak ada aduan atau tidak puas hati daripada ibu bapa sehingga perkara ini timbul. Sekarang, saya terpaksa membuat tindakan,” katanya.
Beliau berkata, beliau tidak ingat sama ada ketika membuat pengumuman itu, guru besar ada memberitahu secara terperinci untuk menggunakan bilik persalinan sebagai kantin.
Mengenai isu kantin ditutup pada bulan puasa, Hussein berkata, ia terpulang kepada pengendali kantin kerana ia membabitkan kos operasi.
“Tetapi, sekolah dan Jabatan Pelajaran Daerah perlu dimaklumkan jika kantin akan ditutup pada bulan puasa,” katanya.
Sekolah itu mendapat perhatian meluas apabila gambar murid bukan Islam makan dalam bilik persalinan mula berleluasa di Facebook.
Ibu bapa marah sementara sekolah mendakwa bilik persalinan itu digunakan kerana kantin sedang diubahsuai.

Timbalan Menteri Pendidikan dan Pengajian Tinggi II, P Kamalanathan  kemudian melawat sekolah itu dan berkata, `isu sudah diselesaikan’ apabila guru besar memohon maaf. – 26 Julai, 2013.

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa