Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 31, 2013

Suspek Kes Sanjeevan Dikenal Pasti

Published: Rabu Julai 31, 2013 MYT 9:39:00 AM

PETALING JAYA: Polis telah mengenal pasti suspek di sebalik kejadian cubaan bunuh Pengerusi MyWatch R.Sri Sanjeevan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, walaupun suspek telah dikenal pasti, polis masih memerlukan masa untuk benar-benar menyiasat kes itu.
Apabila ditanya mengenai pendedahan satu memo dalaman yang mendakwa beberapa anggota polis terlibat di sebalik kejadian, Khalid berkata Sanjeevan tidak pernah menyerahkan dokumen tersebut kepada pihak polis.
"Saya menghantar pengarah narkotik Bukit Aman tetapi pemberi maklumat Sanjeevan menolak untuk bertemu dengannya," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Ops Selamat, Selasa.
"Jika memang ada memo, serahkan kepada kami supaya kami boleh menyiasat."
Pengarah strategik PKR Rafizi Ramli dipetik sebagai berkata Sanjeevan telah memberitahunya mengenai niatnya untuk mendedahkan kaitan yang dikatakan antara sindiket dadah dan beberapa anggota polis.
Sementara itu, Sanjeevan masih menunggu pembedahan membuang peluru dari tubuhnya empat hari selepas dipindahkan ke Hospital Serdang.
Bapanya P. Ramakrishnan, 64, yang berjaga di hospital dengan isterinya dan ahli keluarga, berkata anaknya itu beransur pulih tetapi menunjukkan dia masih berada dalam keadaan yang tidak stabil.
"Peluru ini masih berada dalam badannya dan doktor sedang menunggu keadaannya stabil," kata Ramakrishnan kepada pemberita di lobi hospital, Selasa.
Terdapat kawalan polis yang ketat di unit rawatan rapi dan hanya ahli keluarga terdekat dibenarkan melawat Sanjeevan.
Ramakrishnan juga merayu kepada orang ramai untuk menghentikan spekulasi mengenai keadaan anaknya dan meminta agar semua orang merujuk kepada beliau sahaja untuk mendapatkan maklumat terkini tentang keadaan Sanjeevan dan perkara-perkara lain yang berkaitan.
"Dalam tempoh beberapa jam, terdapat banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu kepada media," katanya.
"Kenyataan itu adalah mengelirukan dan tidak tepat."
Ramakrishnan juga mengucapkan terima kasih kepada pihak polis dan pihak berkuasa perubatan keranan memberi perhatian yang baik kepada anaknya - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa