Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 25, 2013

Pulak Dah.... Banyak Sangat Cerita Pelik Macam Filem Tamil Pulak!

Banyak sungguh 'Kambing hitam' kat PDRM nih
Sirul dan Azilah kata mereka kambing hitam
Hasan Ali Basari juga kata dia kambing hitam
Hare Krishnan ni pun kata dia kambing hitam juga

Tak ada ker kambing putih kat sana?
Kalau sembelih buat jamuan bulan puasa ni kan bagus!

Kes Dhamendran: Inspektor dakwa jadi mangsa akibat ‘lindungi pihak tertentu’
July 25, 2013
Latest Update: July 25, 2013 11:40 am
Suspek keempat kematian dalam tahanan N Dhamendran, Inspektor S Hare Krishnan, mendakwa tidak bersalah tetapi diheret ke dalam kes itu bagi 'melindungi pihak-pihak tertentu.'

Ia didedahkan dalam satu laporan polis Hare Krishnan pada 1 Jun, sembilan hari selepas kematian Dhamendran pada 21 Mei 21, dua minggu sebelum inspektor polis itu menyembunyikan diri.

Mengikut Malaysiakini, laporan itu menyebut Hare Krishnan tidak berada di lokap di Dang Wangi pada hari Darmendran meninggal dunia.

Dhamendran 31, ditemui mati di dalam lokap polis 10 hari selepas  ditahan reman berhubung kes cubaan membunuh melibatkan senjata api.

Pada mulanya, polis mendakwa Dhamendran mati akibat kesukaran bernafas tetapi bedah siasat mendapati mangsa mengalami 52 kecederaan termasuk dikokot di telinga.

Hare Krishnan juga mendakwa menerima arahan pegawai atasan pada 21 Mei untuk 'melepaskan dan menangkap semula' Darmendran ketika mangsa makan tengah hari di sebuah restoran di Cheras.

Ia didakwa berlaku selepas menemui seorang mangsa kes tembak di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Beliau kemudian mengarahkan anggota bawahannya untuk berbuat demikian tetapi mendapati penangkapan semula Dhamendran dibuat menggunakan butiran pengenalannya tanpa persetujuannya.

Inspektor itu berkata, ada arahan untuk memasukkan namanya dalam diari lokap, sesuatu yang didakwanya dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenarannya.

Dia mendakwa semua catatan dirinya dalam diari lokap tidak benar dan dilakukan untuk mengaitkannya bagi melindungi pihak tertentu.

Mengikut Hare Krishnan, dia tidak pernah 'menyentuh atau memukul' Dharmendran pada hari itu, dan mendakwa dia tahu siapa yang 'memukulnya dan siapa yang berada di sana dan siapa yang tahu tentang hal itu.'

Malaysiakini turut melaporkan polis mengesahkan laporan polis oleh Hare Krishnan itu.
Hare Krishnan masih dalam persembunyian dan polis memapar gambarnya Selasa lalu bagi mendapatkan bantuan orang ramai dalam mengesannya.

Polis mendakwa Hare Krishnan gagal datang bertugas sejak 15 Jun.

Tiga suspek lain Jaffri Jaafar, 44; Mohd Nahar Abd Rahman, 45; dan Mohd Haswadi Zamri Shaari, 32, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh Dhamendran pada 5 Jun. – 25 Julai, 2013

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa