Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 29, 2013

Orang Lain Yang Kena, Dia Pulak Yang Serik!

Kalau kail tak panjang, jangan cuba memancing di laut
Kalau kaki dan otak tak kuat, jangan cuba panjat bukit/gunung

Tragedi hobi baru
Kuala Lumpur: Hasrat seorang pengurus syarikat teknologi maklumat mencuba hobi baru dengan mendaki bukit bersama rakannya bertukar tragedi apabila dia cedera termasuk patah tangan selepas tergelincir ketika mendaki Bukit Tabuh, Ampang, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian itu, Tan Tick Soon, 51, bersama empat rakannya mendaki bukit rekreasi berkenaan jam 3.45 pagi sebelum tergelincir jam 7 pagi.
Rakannya, Tan Kee Shen, 29, berkata, dia yang berada di belakang sekali melihat mangsa gagal mengimbangi badan sebelum tergelincir dan bergolek ke bawah sehingga tersangkut di pokok.
“Kami ketika itu sampai di lereng ketujuh. Kawasan terbabit curam, berbatu dan tidak mempunyai tumbuhan, cuma ada batu-batu besar.
“Tiba-tiba saya lihat dia (mangsa) terhuyung-hayang lalu jatuh tergolek berhampiran saya. Bagaimanapun, saya tak sempat membantunya sebab kedudukan saya juga ketika itu tidak stabil.
“Saya lihat dia bergolek hingga tersangkut di sebatang pokok. Dia pengsan 20 minit sebelum pendaki lain bantu memberi pertolongan cemas.
“Ini kali pertama kami mendaki bukit dan membuat perancangan sejak bulan lalu. Tak sangka hobi baru jadi begini, saya takkan panjat bukit, malah gunung lagi,” katanya di Hospital Ampang, semalam.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa