Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 13, 2013

Tak Habis-Habis Dengan Kelaku Bodoh!

Seronok ker mengancam orang?
Seronok ker masuk Lokap?
Seronok ker kena soal siasat?

Lelaki ugut bunuh Ketua Polis Negara serah diri
13/09/2013 12:07pm

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang didakwa mengancam mengupah seseorang untuk menembak mati Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras pagi ini.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, individu tersebut yang dikenali sebagai N. Murugan, 33, hadir ke IPD berkenaan seorang diri pada pukul 9.30 pagi.
Semalam, satu laporan polis dibuat berhubung kenyataan N.Murugan di IPD Dang Wangi pada pukul 9.30 malam setelah komennya dipaparkan dalam laman Facebook.
Mohan berkata, N.Murugan dihantar ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 505 dan 506 (b) Kanun Keseksaan. - KOSMO!

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa