Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, September 17, 2013

PAS dan Umno perlu bersatu: Demi Islam Atau Survival UMNO?

Muhyiddin timbulkan balik isu ini kerana dirasakan benih yang disemai di dalam PAS sudah mula bertunas?

PAS dan Umno perlu bersatu demi Islam
Jamilah Kamarudin | September 17, 2013
Kerjasama itu diusahakan membabitkan persefahaman dari sudut polisi.




GOMBAK: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan PAS dan Umno perlu bekerjasama demi memastikan kekuatan umat Islam terus kukuh di negara ini.
Muhyiddin berkata jika mahu melihat perpaduan umat Islam terus kukuh, PAS dan Umno perlu bersama dan bekerja sebagai satu kumpulan.
Katanya, kerjasama itu diusahakan membabitkan persefahaman dari sudut polisi.
“Setakat ini Umno tidak ada masalah mengenainya.
“Kita nak lihat kita boleh bekerja bersama sebagai satu pasukan.
“Kita perlu memahami antara satu sama lain,” tegasnya semasa sesi soal jawab antara pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di sini hari ini.
Beliau berkata sedemikian ketika ditanya pelajar UIA mengenai komitmen Malaysia mengekalkan perpaduan ummah dan cabarannya sebagai negara Islam.
Katanya, Malaysia mengambil iktibar tentang situasi yang berlaku di negara Islam lain dan tidak mahu ia terjadi di negara ini.
Timbalan Presiden Umno itu berkata, umat Islam termasuk rakyat di negara ini juga tidak terkecuali menghadapi cabaran arus globalisasi dan untuk itu mereka perlu bersatu supaya terus kuat.
Pada masa yang sama, katanya, mereka kena  menghargai dan menghormati perbezaan yang ada terutamanya membabitkan agama dan kaum lain.
“Kita tak mahu melihat keadaan di Malaysia kucar-kacir hanya disebabkan terlalu dipengaruhi sentimen politik.
“Kita dah lakukan apa yang perlu.
“Kita tak kata kita gagal tetapi kita dah berjaya buktikan melalui pencapaian dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, jurang sosial dan sebagainya,” katanya.
Kenyataan Muhyiddin ini sekaligus membuka ruang kepada PAS selepas Dewan Ulama PAS Pusat menyatakan kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat merugikan parti itu.
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib hujung minggu lalu dalam Multaqa Ulama di Kota Sarang Semut, Kedah, meminta Majlis Syura Ulama mengkaji semula Tahaluf Siyasi (persefahaman politik) dalam Pakatan Rakyat.
Namun ia disanggah Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menganggap kerjasama itu hanyalah ‘memberikan pelampung kepada Umno yang sedang kelemasan’.

1 comment:

  1. Abe,

    ish..ish...Muhyidin nak buat silap mata dan cuba memperdayakan ahli-ahli PAS daalam isu UG. Komen Muhyidin ini adalah untuk menyokong dan memberi sokongan serta kredibiliti kepada kenyataan ustaz Harun Taib tempohari.

    UMNO baru telah menyerahkan status parti khusus untuk orang melayu dan Islam dan telah menjadi SEBUAH PARTI BUMIPUTRA apabila UMNO memasuki Sabah sekitar taahun 1992/93 yang lalu.

    Pertukaran status dari sebuah parti melayu kepada sebuah parti bumiputra dibuat apabila UMNO Baru telah mengadakan satu EGM khas untuk meminda perlembagaan parti tersebut mengenai syarat keahliannya dimana keahliannya akan dibuka kepada semua bumiputra tak kira melayu atau bukan melayu, berugama Islam atau bukan Islam.

    UMNO baru telah menjadi parti bumiputra sama seperti PBB ( Persaka BUmiputra Bersatu) parti Taib Mahmud kat Sarawak tu. Tak percaya sila baca perlembagaan parti PBB mengenai syarat keahliannya. Sebijik macam syarat keahlian UMNO baru sekarang!

    Tak masuk akal sebuah parti bumiputra yang mempunyai ahli yang terdiri dari bumiputra bukan melayu dan bukan Islam seramai puluhan ribu bekerjasama dengan sebuah parti berasaskan Islam atas dasar melayu dan Islam!.....kaat mana nak letak ahli-ahli UMNO bukan melayu dan bukan Islam yang ramai itu?

    yang lebih pelik ialah sikap segelintir pemimpin-pemimpin PAS yang begitu "taksub" untuk bekerjasama dengan UMNO Baru,sebuah parti bumiputra, atas dasar perpaduan melayu dan Islam!

    Mereka tahu ke tak tahu status parti UMNO ini yang sudah menjadi sebuah parti bumiputra sejak 20 tahun yang lalu!.....bukan baru 2 hari lepas....

    kalau tak tahu, mereka tidak layak untuk menjadi pemimpin politik didalam PAS. Mereka hanya layak untuk mengajar ilmu ugama sahaja di masjid-masjid atau surau-surau sahaja. Politik Islam bukan bidang mereka!

    kalau tahu, lagi le berat kesnya. Ambo tak tahu nak ulas macamana.

    Tok-tok lebai ini sebenarnya gagal memahami perwatakan UMNO Baru dengan sejelas-jelasnya. Kita tahu bahawa UMNO Baru masih memegang tampuk kuasa dan nampak kuat kerana kemenangan mereka disumbangkan oleh kerusi-kerusi yang dimenangi di Sabah. Sabah adalah fixed deposit UMNO yang paling berharga.

    Jadi sanggupkah UMNO Baru kehilangan sebahagian dari jumlah kerusi-kerusi parlimen dan negeri yang dimenangi di Sabah dengan mengkhianati ahli-ahli mereka yang terdiri daripada bumiputra bukan melayu dan bukan Islam di Sabah( dengar kata jumlahnya mencecah puluhan ribu) dengan menjalinkan kerjasama dengan PAS atas dasar perpaduan melayu dan Islam?

    Kita tahu jawapannya - UMNO Baru sekali-kali tidak sanggup kehilangan kerusi-kerusi parlimen dan negeri Di sabah. PRU 14 ni, UMNO Baru dah mula risau dengan kerusi-kerusi yang mereka menangi di kawasan luar bandar di semenanjung akibat penghijrahan golongan muda ke bandar atas faktor ekonomi semakin hari semakin meningkat.....tetapi pak lebai-pak lebai yang taksub dengan UG sedar tak tentang hakikat ini?

    Jadi pada saya tak masuk akal mengapa segelintir tok lebai yang menjadi pemimpin-pemimpin besou dalam PAS ni tergila-gila sangat nak bekerjasama dengan UMNO Baru.

    Apakah resolusi No.6 Multaqa kat Kedah hari tu menjadi sebab utama?

    bat8

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa