Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 11, 2013

Pulak! Boleh Percayakah Lidah Mahathir?

Rakyat boleh menilai cakap dan perbuatannya
Lebih dua dekad dia berkuasa di Malaysia....

Dr Mahathir nafi tahu Projek IC
OLEH LEE SHI-IAN
SEPTEMBER 11, 2013
LATEST UPDATE: SEPTEMBER 11, 2013 11:48 AM

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, beliau tidak pernah mendengar mengenai "Projek IC" sehingga baru-baru ini dan tidak pernah mengeluarkan mana-mana perintah berkaitan pemberian kad pengenalan secara sembarangan kepada pendatang asing di Sabah.
Bekas perdana menteri yang berpakaian sut kelabu lengkap dengan tali leher merah dan kemeja ungu dan berusia 88 tahun itu mengundang tawa mahkamah yang penuh sesak apabila dengan sinis berkata:”Terima kasih banyak kepada pegawai Manoi Kurup yang memberitahunya bahawa Projek IC juga dikenali sebagai Projek M, M maknanya untuk Mahathir.
“Saya tidak pernah tahu mengenai Projek IC sehinggalah baru-baru ini,” katanya ketika memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dengan pendatang haram di Sabah.
“Saya tidak pernah peduli dan kisah mengenai perkara itu,” katanya dan menambah tidak pernah memberi sebarang arahan kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh atau mana-mana individu merujuk kepada pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing.Dr Mahathir mendakwa, beliau tidak kisah apabila namanya digunakan, dan berkata namanya digunakan di banyak tempat dan beliau digelar perkauman dan seorang ultra.
Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini dikawal lebih ketat daripada biasa dengan jumlah pengunjung lebih ramai sejak RCI bermula, apabila tersebar mengenai saksi ke-209 RCI ialah saksi paling terkemuka. Polis memeriksa lebih 140 orang yang memasuki ruang mahkamah dengan alat pengesan logam.

Ramai yang lain, kebanyakannya penyokong Dr Mahathir menunggu dengan sabar di luar mahkamah. Tun Siti Hasmah Ali, isteri Dr Mahathir adalah yang pertama masuk ke dalam mahkamah kira-kira jam 9.24 pagi sebelum perdana menteri paling lama berkhidmat itu memasuki mahkamah, beberapa minit kemudian. – 11 September 2013.

2 comments:

  1. Belit madey alkutty lebih hebat dr belitan anaconda

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan;

    Kalau Megat Junid boleh bangun dari kubur, sudah tentu boleh jadi saksi... muakakakakaaaa...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa