Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 21, 2014

Apa Dah Jadi Ni? Pampasan RM2.6 juta Exco Pun Tak Teliti!

Semak minit mesyuarat isu pampasan RM2.6 juta
 | November 21, 2014
Kertas itu ada dibawa ke mesyuarat Exco cuma tidak ada perincian dan pecahan ketika pentadbiran Khalid Ibrahim.
Ahmad_Yunus_Hairi_300x200KUALA LUMPUR: Exco PAS Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, beliau akan melakukan semakan semula minit mesyuarat Exco pada 27 September lalu berhubung dakwaan pemberian pampasan RM2.6 juta kepada bekas pekerja Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) semasa pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya, beliau tidak pasti sama ada dalam mesyuarat ketika itu Exco meluluskan atau hanya dimaklumkan mengenai jumlah pampasan itu.
Beliau juga mengakui baru menyertai dua mesyuarat Exco yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, baharu dibawah pentadbiran Mohamed Azmin Ali selepas pulang daripada mengerjakan ibadah haji seminggu yang lalu.
Tambah Ahmad Yunus, jika soal pampasan itu sudah dimaklumkan ia bererti telah diluluskan oleh ahli lembaga pengarah agensi terlibat.
“Seingat saya kertas itu ada dibawa ke Mesyuarat Exco cuma tidak ada perincian dan pecahan. Menjadi amalan dalam Mesyuarat Exco kalau kita bawa minggu ini, ia akan disahkan dalam Mesyuarat Exco akan datang dan saya melihat kepada kertas itu,” katanya seperti yang di lapor Harakah .
Sebelum ini Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, berkata, PAS Selangor tidak pernah menyokong jumlah pampasan tersebut dibayar kepada bekas pekerja MBI namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana Khalid Ibrahim hanya memaklumkan mereka tanpa meminta sebarang persetujuan dari pihak PAS.

8 comments:

  1. Abe

    Pandai TSKI ni. Dia bawa kepada mesyuarat Exco tetapi perincian dia sorok. Tujuan dibawa kemesyuarat Exco untuk memberi gambaran ia dimaklumkan dan mendapat persetujuan Exco.Exco semasa kerajaan minoriti bebas hanya jadi rubber stamp. Dalam kes ini Exco dari PAS s3mua kena guna dan kena k3ncing oleh TSKI.

    Nasi dah jadi bubur. Kesilapan dah dibuat kerana k3bodohan sendiri. Semua 3xco bukan kelulusan s3kolah atap. YB Iskandar lulusan luar n3gara.

    Jadi pokok ceritanya semua ini tidak akan terjadi jika TGHH tidak bertindak melulu, unilateral dengan membuang kelaut ilmunya yang tinggi,perlembagaan PAS.

    Yang paling best dia guna seluruh jentera PAS, Mursyidul Am, MSU, DUPP untuk masuk perangkap TSKI. Bahkan dia sanggup menghancurkan kredibiliti PAS yang begitu tinggi di mata rakyat yang dibina selama 63 tahun, s3mata-mata tertarik dengan tipu muslihat TSKI untuk melaksanakan agenda peribadi bersama UMNO.

    TGHH sanggup m3ngkucar kacirkan PAS s3hingga te4jadi perpecahan yang terok sekarang.

    Apa juga masaalah yang timbul dari pe4janjian-perjanjian dan tindakan TSKI bersama 4 Exco PAS adalah tanggungjawab TGHH sorang. Dia yang menyeret semua pihak kerana ked3gilannya. Dia juga bertanggungjawab diatas perpecahan yang berlaku didalam PAS s3karang.

    Kalau benar laporan MI, perpecahan yang berlaku diperingkat pimpinan amat serius. Ia bol3h meny3babkan salah satu pihak samada golongan ulamak atau bukan ulamak akan meninggalkan PAS jika kalah didalam p3milihan tahun depan.

    Benar atau tidak, kita tunggu pemilihan tahun depan. Tetapi, cerita pokoknya ialah perpecahan didalam PAS amat serius dan PAS mungkin hancur.

    Siapa yang akan bertanggungjawab jika PAS hancur selepas pemilihan tahun depan?



    ReplyDelete
  2. terpaksa menyatakan sedemikan rupa agar tidak terjerut leher sendiri.dan semakin berfikir apa jalan atau apa cara untuk mencari alasan.itu aje.tapi mereka lupa bahawa isu ini akan terkedepan.tunggulah samada selamat atau tersemat

    ReplyDelete
  3. Kalau dah ada surat yang dibawa tak kan terlepas pandang,mungkin masa mesyuarat hanya tidur kot.

    ReplyDelete
  4. Kalau dah ada surat yang dibawa tak kan terlepas pandang,mungkin masa mesyuarat hanya tidur kot.

    ReplyDelete
  5. bahalol semua nya , mentedarah keringat rakyat buta buta dah tak nak tanggung jawab.

    elok lah , dalam kubur jawap ler !

    tiada maaf bagi mu...

    ReplyDelete
  6. Vss puluh sampai ratus ribu normal la kat coorporate, tksi ada la kaedah2 utk make sure org yg betul2 keje xde la wasted, yg kerja kuat tak memintak2 dihargai. Tski tu mmg bwk budaya coorporate & try jadikkan kaedah prefesional utk urus negeri.

    Azmin tau org melayu ni kalu dakwa tu dah jatuh hukum salah. Sbb tu dia kompangkan semua semua benda dulu br konon siasat, sbb dah tau org jatuh hukum dulu. Kalau tski punya stail tu rasanya kalau betul ada org salah, tak cakap banyak, buat plan, buat keje, tau duit dah dapat balik je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 6:42

      Bandingan sektor awam dan koperat seperti memband8ngkan buah durian dengan epal. Sektor awam mempunyai kaedah tersendiri bagi bayaran pampasan kakitangan lantikan politik dalam perkhidmatan. Yang pasti ia bukan VSS sebagaimana yang diamalkan disektor koperat.

      Delete
  7. Asrul rasanya kamu ni org tski kot...cmon la tuan,mana rasionalnya kerja 5 ,6 tahun imbuhan dia gedabak,lagipun mbi ditubuhkan bukan untuk bg makan dan matekedarah sampai gaji melantun lantun tinggi,alah kalau nk kata terer sgt resume dorang,berlambak kat Selangor ni ex corporat yg lebih hebat,kalah gaji orang korporat yg lebih h senior kt kompeni kompeni antarabangsa boifren,girlfrens,kekawan dan suku sakat tapi untuk menstruktur perjanjian kutipan hutang lapuk la,etc projek 2 apa yg mbi dah buat dan berjasa sangat kt Selangor ni,haduiiii apa yang pasti masa zaman kolid berahim exco semua kecut nk sanggah dia...i faham cos i pernah berjumpa exco tertentu yang bila sebut nama kolid jer hmmmm tersedak sedak.Apapun harap yab Azmin lebih telus dan terbuka menerima pandangan dan teguran rakyat jelata di Selangor ni,jangan ingat sapa yang duduk dalam SUK semua tu dah cukup bagus,Tolong tengokkan tuan YAB ur bebudak kat SUK terutama pejabat tanah,pejabat daerah,UPEN semua ingat mereka hebat dan ada yang pikir diri mereka The Untouchable...byk benda yang tski tak peka,I d say zaman ameno mereka bermaharajalela,sekarang pun 5 x 3 ...kami cuma boleh kata tunggulah PRU14...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa