Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 23, 2014

Orang Kaya Diutamakan?

Atau yang membuat dasar itu bodoh?

Pemilik BMW nikmati lebih subsidi daripada si miskin dengan motosikal, kata kajian
Published: 23 November 2014
Golongan berpendapatan rendah yang hanya memiliki motosikal dapat subsidi petrol 4 kali lebih rendah berbanding golongan kaya, kata laporan Institut Kajian Khazanah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 November, 2014.

Seorang pemilik BMW yang berpendapatan tinggi menikmati 4 kali lebih subsidi petrol daripada seorang penunggang motosikal berpendapatan rendah.
Menurut kajian Institut Kajian Khazanah baru-baru ini, golongan kaya menikmati sejumlah 80% subsidi minyak yang diperuntukkan untuk isi rumah Malaysia pada 2013.
Angka tersebut menunjukkan betapa terpesongnya sistem subsidi minyak di Malaysia sementara rakyat sedang cuba menyesuaikan diri dengan pengumuman yang skim tersebut akan dihentikan pada 1 Disember.
Bagaimanapun, seorang penganalisis dasar Institut Rakyat berkata, walaupun menstruktur semula sistem subsidi itu langkah yang betul, kerajaan patut terlebih dulu memperkenalkan langkah mengurangkan impak keputusan tersebut terhadap orang ramai.
Kajian tersebut yang digelar "Keadaan Isi Rumah di Malaysia" mendedahkan seorang pemilik BMW yang menggunakan minyak RON95 menikmati subsidi RM22.50 setiap 1,000km.
Manakala seorang pemilik motosikal Honda EX5 pula yang menggunakan RON95, hanya mendapat subsidi RM5 setiap 1,000km.
"Sementara kenderaan motor menjadi lebih mahal, daripada motosikal sehinggalah kereta buatan Jerman, subsidi yang diterima pemilik kenderaan itu bagi setiap 1,000km meningkat dengan drastik," kajian tersebut.
Angka itu dikira menggunakan harga RON95 pada RM2.30 seliter di mana kadar subsidinya ialah 27 sen seliter.
"Subsidi bersifat regresif. Kebanyakan subsidi hanya manfaatkan perniagaan daripada isi rumah.
"Daripada apa yang sampai ke isi rumah pula, golongan berpendapatan tinggi yang paling untung  manakala isi rumah yang hanya memiliki motosikal dan kipas siling mendapat kurang subsidi dibandingkan isi rumah dengan beberapa biji kereta dan penghawa dingin di Damansara Heights," kata kajian tersebut.
Kajian tersebut menganggarkan pada 2013, kurang daripada 23.8% atau RM5.6 bilion daripada seluruh subsidi minyak akan digunakan untuk isi rumah.
Selebihnya, sebanyak 76.2% atau RM17.9 bilion, pula pergi ke perniagaan, syarikat dan sumber lain.
Berkenaan subsidi gas melalui Petronas pula, hanya 20% atau RM4 bilion yang sampai ke isi rumah.
Selebihnya, RM16 bilion atau lebih, akan digunakan dalam perniagaan, syarikat dan kegunaan lain.
"Hanya 22% daripada seluruh subsidi tenaga diberikan kepada isi rumah. Secara purata, setiap isi rumah menerima subsidi tahunan RM625 setahun bagi elektrik dan RM885 setahun bagi petrol.
"Tetapi, kebanyakannya dinikmati keluarga yang berpendapatan tinggi, yang menerima 80% daripada subsidi," kata kajian tersebut.
Putrajaya mengumumkan pada 21 November yang ia akan menghentikan subsidi petrol dan diesel bulan depan. Harga RON95 dan diesel akan ditentukan kelak mengikut kawalan pengapungan.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan itu akan menjimatkan kerajaan antara RM10 hingga RM20 bilion yang kemudiannya akan disalurkan bagi memperbaiki pembangunan pedalaman, pendidikan dan sektor kesihatan.
Kajian Khazanah itu juga mengatakan subsidi mewujudkan gangguan dalam ekonomi dan mendatangkan kerugian besar dalam ekonomi, atau pembaziran.
"Wang yang dibelanjakan untuk subsidi lebih baik digunakan dalam sektor lebih produktif yang meningkatkan pertumbuhan ekonomi atau projek pembangunan yang lebih fokus kepada membantu golongan lemah," kata kajian tersebut.
Dibandingkan dengan satu subsidi untuk semua, laporan tersebut mengatakan, pemberian wang adalah cara paling efektif membantu golongan lemah.
Pengarah eksekutif Institut Rakyat Yin Shao Loong bagaimanapun berkata, kerajaan sepatutnya sudah meletakkan mekanisma menghadang kesan daripada keputusan tersebut sebelum mengumumkan pemberhentian subsidi secara mengejut.
Ini kerana peningkatan harga minyak selalu digunakan sebagai alasan pihak peniaga meningkatkan harga barangan dan perkhidmatan, sama ada wajar atau tidak.
"Cara bagaimana kerajaan memperbaharui sistem subsidi menghasilkan inflasi yang mendadak. Kerajaan kemudiannya memberi amaran kepada peniaga supaya tidak meningkatkan harga, namun tiada sebarang tindakan penguatkuasaan dibuat kementerian,” katanya,
Yin berkata walaupun pemberian wang bersasaran adalah lebih efisyen daripada subsidi, kerajaan masih tidak mempunyai rancangan menyeluruh bagi meningkatkan pendapatan isi rumah.
Buat masa kini, median pendapatan isi rumah berada pada RM4,600, bermakna setengah daripada isi rumah rakyat Malaysia berpendapatan lebih rendah daripada batasan pertengahan itu.
Hampir setengah daripada mereka yang berada di bawah median pendapatan ini layak menerima pemberian wang melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan kepada keluarga berpendapatan kurang RM4,000 sebulan.
"Pada dasarnya, hampir setengah isi rumah Malaysia masih bergelut dalam menyara kehidupan," kata Yin.
"Jadi apa rancangan jangka panjang kerajaan bagi mengeluarkan mereka dari terus berada dalam kategori itu?"
Program Transformasi Ekonomi, diumumkan Putrajaya sebagai strategi melakukan pembaharuan ekonomi, masih lagi meneruskan sistem yang menghasilkan barangan berkualiti rendah bagi bayaran upah yang rendah, katanya.  – 23 November, 2014.

7 comments:

  1. Abe

    Ambo pastekan komen ambo mengenai pengapungan terkawal minyak RON95/Diesel - kesan kepada kita semua.
    ..........................
    Tuan

    Kerajaan perlu memberitahu secara terperinci bagaimana mekanisma apungan terkawal ini akan dilaksanakan. 

    Logiknya, bila harga minyak dunia turun, harga RON 95/Diesel juga turun. Tiada masaalah disini.

    Jika harga minyak dunia naik, tentulah harga RON95/Diesel juga naik. Disini akan timbul masaalah kepada rakyat. Bila harga RON95/Diesel naik, barang-barang keperluan naik, taarif letrik naik dan macam-macam naik.

    Bagaimana setelah kenaikan harga barangan ini sudah dinaikkan, harga minyak kembali turun? Adakah harga barangan ini akan turun? TIDAKKK....

    Setakat ini kira melihat kesan kepada barangan keperluan apabila harga minyak naik sekali dan turun sekali.Harga barangan keperluan tidak turun walaupun harga minyak Ron95/Diesel turun.Biasalah tektik peniaga!

    Sekarang katakan setelah turun tadi ( ingat harga barang tak turun), harga minyak naik semula. Tentunya harga RON95/Diesel akan naik. Dan tentunya harga barangan akan naik lagi.

    Maknanya, saya nampak, dibawah sistem apungan ini, harga barangan akan terus meningkat setiap kali harga Ron95/Diesel naik tetapi tidak akan turun apabila harga RON95/Diesel turun. Logikkan jika kita tengok cara kerajaan menangani masaalah kenaikan harga barang keperluan.

    Ini baru kesan keatas kenaikan kepada harga barangan keperluan akibat satu faktor sahaja iaitu turun naik harga RON95/Diesel dibawah sistem apungan terkawal. Kita tahu faktor-faktor lain juga boleh menyebabkan harga barangan keperluan naik misalnya kenaikan bahan dipasaran dunia, kenaikan gaji kakitangan awam, kenaikan taarif letrik dsb.

    Bayangkan jika kesan dari kesemua faktor-faktor ini keatas harga barangan keperluan.Masak kita rakyat. Orang UMNO akar umbi pun masak.

    Sebab itu kita mahu kerajaan memberi penjelasan terperinci. Najib dan geng takpe la. Kita rakyat ni yang masak. Jangan ada yang makan ubi rebus 3 kali sehari sudah le....

    ReplyDelete
  2. bila kos hidup naik kerana harga minyak naik ekoran kurang subsidi, perbezaan subsidi terutama lebih tinggi dinikmati orang yg berkereta brbanding orang kapcai, yang tdk mampu dan menjadi mangsa tetap orang kapcai bukan orang berkerta mewah. kan lebih senang jika terus terang habak pada rakyat kerajaan takde duit nak bagi bonus.

    ReplyDelete
  3. bila kos hidup naik kerana harga minyak naik ekoran kurang subsidi, perbezaan subsidi terutama lebih tinggi dinikmati orang yg berkereta brbanding orang kapcai, yang tdk mampu dan menjadi mangsa tetap orang kapcai bukan orang berkerta mewah. kan lebih senang jika terus terang habak pada rakyat kerajaan takde duit nak bagi bonus.

    ReplyDelete
  4. dah kerajaan Bangsawan , pasti nya untuk memudah kan kehidupan atasan.

    rakyat yang papa kedana , mana boleh jadi senang hidup sebab rata rata malas saja.

    ini biasa lah.

    ReplyDelete
  5. This blog was... how do you say it? Relevant!! Finally I have found something that helped me.
    Kudos!

    My web-site; plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete
  6. No matter if some one searches for his essential thing, therefore he/she
    needs to be available that in detail, thus that thing is maintained over here.


    Also visit my web blog - plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete
  7. I was curious if you ever thought plenty of fish dating site of free dating
    changing the layout of your site? Its very well written; I
    love what youve got to say. But maybe you could a
    little more in the way of content so people could connect
    with it better. Youve got an awful lot of text for only
    having one or 2 pictures. Maybe you could space it out better?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa