Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 21, 2014

Satu Lagi Berita Yang Memalukan!

NYT: Firma China dakwa bayar untuk ahli politik BN dapat Datuk
mk - 8:49PM - 20 Nov 2014

Sebuah syarikat perlombongan China mendakwa telah membayar untuk ahli politik BN mendapatkan gelaran Datuk bagi memudahkan operasi lombongnya di Bukit Besi, Terengganu.

Li Yang, ketua eksekutif CAA Resources, memberitahu New York Times (NYT), mendakwa dia telah membayar kira-kira AS$100,000 (RM336,501.90) bagi setiap ahli politik, yang mempunyai kepentingan tidak langsung dalam lombong itu.

Menurut laporan itu, Li, 27, yang merupakan anak lelaki hartawan besi di China, didakwa berbuat demikian sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk "membina hubungan" dengan ahli politik dan pihak kerabat.

"Jika kedua-duanya menyokong anda, maka anda boleh melakukan apa sahaja yang anda mahu, kerana sumber asli semuanya dikawal oleh mereka," Li dipetik sebagai berkata.

Menurut akhbar itu lagi, Li juga dipetik sebagai berkata bahawa dia "hanya mengikuti amalan biasa di Malaysia".

Dalam reaksinya, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman (kiri) berkata beliau tidak tahu mengenainya.

"Ini tak ada dalam makluman saya. Maaf," kata Ahmad Razif, yang juga bertanggung jawab atas sumber asli dalam mesej teks kepada Malaysiakini.

NYT berkata CAA beroperasi di Malaysia selepas Beijing bulan lalu mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan piawaian mengenai hak-hak tenaga kerja, perlindungan alam sekitar dan hubungan masyarakat bagi industri itu.

Di Bukit Besi, kata laporan itu, CAA menghindari potensi isu-isu tenaga kerja dengan mengupah pekerja tanpa kesatuan dari Kemboja, Myanmar dan Vietnam.

Para pekerja, kata Li, bekerja mengikut sif 12 jam, tujuh hari seminggu dan dibayar berdasarkan berapa banyak perolehan lombong.

Para pekerja kolar putih, termasuk akauntan dan jurutera, dibawa dari China.

CAA juga menghindarkan daripada melakukan penilaian kesan alam sekitar dengan membahagikan lombong itu kepada dua, masing-masing berkeluasan kurang daripada 500 ekar.

Hanya lombong yang berkeluasan lebih besar daripada 500 hektar perlu dinilai untuk kesan alam sekitar.

Lombong Bukit Besi pernah menjadi lombong terbesar di dunia dan menjadi sumber bekalan untuk industri besi keluli Jepun semasa Perang Dunia II. Ia ditutup pada tahun 1971.

7 comments:

  1. Memisahkan rasuah dari Umno ibarat memisahkan nyawa dari badan. Tanpa rasuah Umno telah lama terkubur.

    ReplyDelete
  2. bebudak bahalol nak bergaya , orang lain pula kena tanggung...

    ini biasa bah !!!!

    ReplyDelete
  3. Cerita fasal gelaran datuk dijual dan dibeli sudah lama diperkatakan orang. Sebab tu saban tahun kita tengok ramnai dapat gelaran datok, tak tahu sapa mereka dan apa sumbangan mereka kepada masyarakat dan negera. Yang kelakarnya yang dah dapat dato dan tan sri juga masih diberi gelaran. Sepatutnya kalau dah dapat Tan Sri ke, datok ke tak payahlah bagi gelaran lagi. Ada orang dapat sampai tiga empat datuk. Nanti kita pangil mereka Tan Sri, Dato, Datuk, Datok Mamat bin Pundek. Kita tengok ramai dapat gelaran datouk ni ada yang masih muda-muda... dan sestengahnya perangai macam setan..

    ReplyDelete
  4. Ramai juga dari kalangan pemimpin UMngok bahagian yang entah apa jasa pada negara, negeri, daerah atau rakyat yang membayar untuk daoatkan gelaran Datuk! Selalunya Datuk bayar ni jenis yang bodoh2 dan cerdik suam2 kuku ..

    ReplyDelete
  5. I am regular visitor, how are you everybody?

    This paragraph posted at this website is truly good.


    my homepage :: plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete
  6. I every time spent my half an hour to read this blog's articles every day along with a mug plenty of fish dating site of free dating coffee.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa