Meskipun memonopoli pasaran televisyen satelit di Malaysia, Astro tidak mesra pelanggan serta membebankan pengguna
KUALA LUMPUR: Stesen televisyen satelit berbayar, Astro, sekali lagi dikecam berhubung kadar bayarannya yang dianggap keterlaluan dan membebankan pengguna.
Kecaman terhadap Astro kali ini dilemparkan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin yang menyifatkan stesen itu sebagai menyusahkan rakyat.
Beliau memberi contoh, stesen televisyen itu memiliki hak penyiaran perlawanan membabitkan kelab Manchester United dan mengenakan kadar bayaran yang tinggi jika mahu menontonnya.
“Tidak mengapalah kalau ada persaingan, tetapi Astro memonopoli pasaran stesen televisyen satelit berbayar di Malaysia. Janganlah menyusahkan rakyat dengan bayaran yang tinggi,” tambah Khairy selain menyifatkan Astro sebagai tidak mesra pelanggan.
“Nak tengok pasukan bola sepak terbaik di dunia seperti Manchester United, kena pakai Astro, paling tidak hendak tengok pasukan ‘common’ Chelsea pun kena tengok Astro,” jelas beliau sewaktu menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Sebelum ini Ahli Parlimen BN-Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin membidas Astro yang menaikkan kadar bayaran selepas memperkenalkan beberapa saluran.
Tgktkanlah quality siaran tv yg percuma baru la ade persaingan dgn astro. Jgn asyik nk salahkan org je, kita yg patut ubah dulu.
ReplyDeletemr
ReplyDeleteYang menjadi isu tu sebab astro tv berbayar.....bukan murah pulak tu!