Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 22, 2014

Takkan Tadak Sorang Pun Yang Tanya?

MBI dikemudikan oleh sape?

Kih...kih...ada yang nak lepas tengkok
Ada juga yang membela.......
Kita tengok apa kesudahannya nanti

Isu RM2.6j, Khalid selalu penting prosedur
WARTAWAN SINAR HARIAN
22 November 2014

SHAH ALAM - Bekas Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi menangkis dakwaan Exco Pas bertanggungjawab dalam isu kelulusan penyaluran pampasan RM2.6 juta kepada lapan pembantu bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menganggotai Ahli Lembaga Pengarah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah MBI, manakala barisan Exco hanya dimaklumkan mengenai jumlah pampasan, bukan pecahan agihan pada mesyuarat Exco terakhir di bawah Abdul Khalid.

“Kami Exco ketika itu hanya diberitahu pihak MBI hendak buat pembayaran kepada beberapa kakitangan dan perkara itu diluluskan lembaga pengarah MBI dalam mesyuarat mereka.

“Tidak boleh salahkan Exco lama untuk bertanggungjawab dalam hal pemberian kebenaran kerana kami hanya dimaklumkan, malahan tidak juga didedahkan pecahan angka agihan. Sebaliknya hanya pemberitahuan jumlah keseluruhan pampasan,” katanya, semalam.

Adun Sabak itu menyatakan, kesangsian timbul apabila penyaluran pampasan itu dibayar pada tarikh sama makluman dibuat, iaitu ketika mesyuarat Exco terakhir sebelum pengunduran Abdul Khalid.

“Difahamkan bayaran pampasan kepada lapan bekas pembantu Abdul Khalid sebanyak RM2.6 juta yang pernah menganggotai ahli lembaga MBI dilunaskan pada tarikh pemakluman.

“Exco hanya dimaklumkan, bukannya diambil keputusan,” katanya.

Sallehen berkata, pertemuan itu juga turut memutuskan bayaran pampasan kepada semua bekas Exco Selangor terdahulu sebanyak 17 peratus daripada gaji bulanan.

Sementara itu, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, dakwaan penyelewengan dalam kontroversi dalam pemberian pampasan MBI ini tidak wajar dilakukan sebelum laporan audit dibuat secara terperinci.

“Tuduhan salah laku perlu lalui proses audit. Sebab itu saya lakukan semakan semula minit mesyuarat Exco pada 27 September lalu.

“Saya tidak pasti sama ada dalam mesyuarat ketika itu Exco meluluskan atau hanya dimaklumkan mengenai jumlah pampasan itu,” katanya.

Bagaimanapun, Adun Sijangkang itu menyatakan pentadbiran Abdul Khalid sangat memandang berat aspek prosedur dalam segala keputusan.

Disebabkan itu, katanya, beliau akan melakukan semakan minit mesyuarat Exco pada tarikh berkenaan dan menunggu hasil laporan audit.

9 comments:

  1. Hihi.jauh abe teropong.
    Sape x kecut kalo dah tgok dgn mata kepala sendiri rakan sejawatan kena pecat.ilang elaun n gaji yg lebih dr belas2 ribu tuh.lg satu takut dgn sabdaan x wala'.mau terkencing n x tido mlm kena balun.so berdiam diri adalah langkah politik terbaik pd masa itu.tp bkn sentiasa terbaik.so skrg dah tersembol.kena la jwb.silap jwb kena bedal.nasib laaa bdn.salah saper ni.sape yg wat onar.geng wala' akn kata pasal anwar n kajang movenyer.yg menentang akn ckp nasib baik ade kajang move.kalo tak x der saper taw permainan2 puak2 yg bajet suci konon2.so kita org awam boley nilai dr semua ni.yg pasti bg aku tski mcm terlupa yg dia ahli PKR pd masa tu.melakukan tindakan tanpa berunding dgn pimpinan bkn tindakan yg bijak.di panggil besar kepala.walau mungkin betul tindakannya.tp dr segi organisasi ia bkn satu contoh atau adab yg betul.

    ReplyDelete
  2. Hahahaha..kau jawablah semua exco2 PAS mengenai pampasan kepada ahli lembaga pengarah MBI. Kau semua yang memuji dan menyanjung tinggi pentadbiran Khalid Ibrahim dan kau semua keji dan tidak mau berkerjasama dengan pemimpin2 PKR terutama Anwar Ibrahim.
    Sekarang ini sibuk nak mencuci tahi yang terpalit dan menyalahkan pula Khalid Ibrahim pula.
    Itulah ragam adun2 PAS dan pemimpin tertinggi PAS tidak bijak berpolitik dan tercari2 dahan untuk berpaut.
    Paling tidak utk melepaskan perasaan hampa dikatakan PAS dibuli oleh DAP dan PKR. Sebenarnya terlalu mendewa2 pemimpin yang kehabisan idea atau isu yang rakyat harap.

    ReplyDelete
  3. Walaupun Tuan Salehen muhyi mengatakan bahawa exco pas tidak terlibat dalam mesyuarat dan hanya dimaklumkan sahaja.Apakah beliau dan barisan 4 exco pas tersebut tidak terkejut langsung dengan jumlah yang begitu besar,atau apakah dalam pemikiran bahawa jumlah itu ada sebahagian untuk exco? waliya zubillah.Berapa lama isu tersebut terpendam sehingga kini,mengapa tidak ada seorng pun daripada 4 exco tersebut tidak terasa ada kesilapan atau ada yang tak kena dengan isu itu.Diman diakatan memegang amanah rakyat.Kalau ada rasa bertanggungjawab 2 exco yang dilantik sepatutnya meletak jawatan dan diberi kepada yang lebih beramanah.

    ReplyDelete
  4. Exco Pas nak jadi kambing hitam atau kambing putih,makin terserlah .

    ReplyDelete
  5. Orang orang PAS mana ada yang jenis ber tanggung jawab , baik pak Presiden nya hingga ke Tuan Mursyidul nya juga.

    Sudah ter bukti jelas di mana mana ada orang orang PAS pasti nya Gagal atau ter bengkalai.

    Dalam kes MBI ini pun sama , orang orang tak ber tanggung jawab lebih sebuk mengira duit elaun ADUN /MP serta isi borang claim nak bayar duit Alphard Vellfire saja...

    Ini biasa lah bagi orang orang yang tak pernah dapat jawatan dan gaji mudah.

    ReplyDelete
  6. Apa pandangan Presiden PAS dan MSU?

    ReplyDelete
  7. Abe

    Perkara ini tidak akan berlaku jika TGHH hadir sendiri mesyuarat MPP selepas mesyuarat JKPP pada 17 ogos 2014. Besar kemungkinan kerajaan minoriti TSKI tidak dapat ditubuhkan dengan bantuan r Exco PAS yang diarah mengikut kehendak TGHH.

    Bila TSKI gagal menubuhkan kerajaan minoritinya, perkara ini tidak akan terjadi. Sekarang ini 4 Exco PAS kepanasan. Soal mereka buat keputusan ini dalam mesyuarat Exco terakhir tidak timbul. Jangan nanti tuduh mereka diguna oleh TSKI. Yang menjadi puncanya ialah TGHH, PAS dan 4 Exco ini membantu TSKI menubuhkan kerajaan minoriti untuk dia buat benda ini.

    Ini cerita besarnya disebalik bayaran pampasan RM 2.6 juta. Sekarang siapa tipu sapa? Siapa kena tipu oleh siapa? Berbaloikah PAS (MSU, DUPP,M ursyidul Am dll) mengikut kehendak TGHH sorang dalam kemelut MB Selangor ini sehingga PAS sekarang huru hara? Berbaloikah PAS mengorbankan pengcapain terbaiknya sejak 63 tahun dan sedang berhadapan dengan kemungkinan hilang kelantan, hilang segala2nya di dalam PRU 14 nanti kerana nempertahankan TSKI atas kehendak TGHH?

    Inilah soalan2 yang perlu dijawab oleh ahli-ahli PAS.

    ReplyDelete
  8. Empat exco PAS di selangor sebelum ini adalah exco buta kayu. Harapkan nama sahaja Islam tapi darihal integriti kalahkan puak kufar. Dahulu mereka juga yang mahu kekal jawatan exco dengan alasan takut kerajaan PR dibubar kerana tak cukup korum dan mereka akan memantau segala tindakan Khalid Ibrahim sekiranya berlaku sebarang salahguna kuasa sepanjang menjadi MB sementara Selangor. Kini apa dah jadi? Rakyat di negara ini perlukan pencerahan dan knowledge berhubung parti politik dan agama di mana negara yang berfahaman komunis sekalipun jauh 1000 x lebih baik daripada yang berkiblatkan demokerasi berparlimen sekiranya wujud salah gunakuasa oleh pemerintah dan begitu juga wujudnya parti yang berjenama Islam adalah jauh lebih celaka dan menindas dari parti yang berpaksikan sosial/sekular sekiranya menyalahgunakan kuasa, menipu, menindas dan menzalimi rakyat. Dari pengamatan, kita seharusnya boleh rasakan bahawa PAS akan bergerak ke arah itu disebabkan halatuju politik mereka bagi berkhidmat untuk rakyat adalah "zero".

    ReplyDelete
  9. Mcm nasha gigi lawa mmBONTOT najib

    hadi pula mmBONTOT bau "TAIK" mahluk yg gagap!?

    Lagi kantoi2!!
    nik aziz pon seNAKHODA dgn bapak FITNAH mmBONTOT bau "TAIK" makhluk yg gagap tuu

    Itulah potret 3 EKOR ularrrrMAK
    ada yg mnjd bapak FITNAH & yg sggup brgelumang brSUBAHAT dgn FITNAH!?
    goblok2 bodoh2 seBODOH2nya!!!???

    majlis-SYORRRU-ularrr-msu SEMUAnya mnjd TALI BARUT "FITNAH"..

    hanya lebai2 yg GOBLOK bodoh tolol BAHALLOL jer yg masih berMIMIPI bhw ular2 ularrrrrMAK2 yg br'IQ ciput kemetot itu mrk aggap SUCI sdangkan mrk adalah JELMAAN setan2 sarban yg dah TAK dpt brSEMBUNYI lagi!!?

    RKYAT dah bau busuk "TAIK" sigagap,,
    TETAPI..
    alangkah BODOH gobloknya nik aziz & hadi coba menipu meNGELIRUkan rkyt seolah2 bau "TAIK" sigagap itu sgt SUCI & wangi!?

    itulah AKIBAT mnjd bapak FITNAH & sggup brgelumang brSUBAHAT senakhoda dgn FITNAH sehingga jd BODOH tolol2 sedemikian rupa!?

    LAYAKkah yg BODOH tolol2 brSARBAN ini mnjd PEMIMMPIN & mnjd IMAM ddlm jamaah semayang!???

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa