Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 10, 2015

Bela PAS: Alasan dangkal dari Nurul Izzah

Bukankah isunya adalah parti PAS?
Nurul pula bercakap tentang individu di dalam PAS yang hanya terdiri dari dua orang pemimpin yang peka pada isu rakyat...........

Bagaimana pemimpin-pemimpin lain yang menakhodai PAS?
Hadi dan Haron?
Siapa yang berkuasa menentukan halatuju PAS?
Tuan Ibrahim dan Idris Ahmad atau Hadi dan Haron?
Kalau mengikut rekod mereka berdua ini (Hadi dan Haron) bolehkah dipercayai?
Haron dan Hadi terang-terangan sokong Najib dalam isu derma RM2.6b
Sehingga kini mereka terus bisu!

Itulah sebabnya di N3 saya ini saya umpamakan 'biawak', lidah bercabang dan suka cakar belakang orang yang memikulnya! (maaf kasar sikit)

Satu lagi untuk kepala bana apa diwujudkan Pakatan 2.0 (baru) sekiranya ahlinya adalah terdiri dari ahli yang sama dan pernah membawa masalah sebelum ini kecuali satu parti baru (kalau diluluskan)

Nurul bela PAS: Bukan semua tukar dasar

Adrian Wong

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar terus mempertahan pendirian parti itu yang mahukan PAS turut serta dalam gabungan baru pembangkang.
Mengulas dakwaan DAP bahawa dasar parti Islam itu sudah bertukar, Nurul Izzah berkata masih ada pemimpin PAS yang konsisten dengan isu-isu rakyat.
Antara mereka, kata Nurul Izzah, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Idris Ahmad.
“Sebagai timbalan presiden PAS, beliau bukan hanya mengkritik 1MDB, tetapi juga dakwaan rasuah Najib.
“Begitu juga dengan kehadiran Idris Ahmad dalam BERSIH,” katanya.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini menolak penyertaan PAS atas anggapan parti itu beralih dasar dengan tidak menggerakkan anggotanya ke himpunan BERSIH 4 bagi menyatakan bantahan dalam isu derma RM2.6 bilion ke akaun perdana menteri.
Perpecahan Pakatan Rakyat juga sebelum ini berpunca daripada perbezaan pendapat dan perbalahan berpanjangan kedua-dua parti itu, terutamanya dalam isu hudud.
Gabungan pembangkang baru ini akan turut disertai parti serpihan PAS, Parti Amanah Nasional (AMANAH) yang dipimpin oleh bekas-bekas pemimpin kanan PAS.

18 comments:

  1. Mulanya macam boleh nak beri undi pada PR 2.0. Tapi sebab macam PAS ada dalam PR 2.0 juga, tak jadilah beri undi. Kau PR 2.0 ke, kau BN ke takkan dapat undi dari aku dan keluarga aku.

    Lantaklah apa nak jadi. Dari beri kat PR 2.0 yang kemudian akan ditikam belakang oleh PAS, lebih baik tak undi sapa2. BN memang diketahui dah takkan beri rakyat hhiup senang.

    ReplyDelete
  2. Dalam banyak2 pemimpin PAS sekarang, TITMlah yang paling tidak boleh dipercayai. Pada aku dia sering memutar belit fakta, malah lain di mulut lain di hati. Dia sanggup mengatakan bahawa TGNA nak hanya ulama sahaja mengisi dua kerusi tertinggi PAS, sedangkan TGNA mengatakan bahawa ulama yang dimaksudkan adalah orang yang berilmu dan mempunyai pengetahuan agama, yang akhirnya jawatan nombor 2 di sandang Mat Sabu. PKR nak kerjasama dengan PAS, pi tanya dulu Tok Husin Ceroi.... dia lebih tahu siapa TITM.

    ReplyDelete
  3. Nampaknya PRU 14 nanti aku tarik selimut je la atau pergi makan angin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku nak pi buang angin di depan petugas PAS kau depa joint PR 2.0.

      Delete
  4. Pakatan 3.0

    Dap Amanah Perkasa + abh

    Lawan

    Pakatan 2.0
    Pkr Pas Umno + bn

    ReplyDelete
  5. yang paling islamik, harakii, amal jamaai, kasyaf & ahlul Halli Wal Aqdi dalam Parti Ulama SeMalaysia (PUS) adalah AlTontowi, Al Takiri & Al Pasiiru Maasi tompok2 tahii untaa..

    ReplyDelete
  6. Bagi menghilangkan penin g kepala semua pemimpin politik dalam pakatan pembangkang ini sangat mudah telan saja pil kuda haji hadi atau pun biar kuda tendang pil dia sendiri ,faham sendiri lah.

    ReplyDelete
  7. Mengutuk saja cuba la bg idea utk menyatukan.kesian pkr n azmin n nuar.dua org kepala itu keras n sedang berapi semua nak campak minyak lagi jgn habis terbakar dgn putrajaya sekali.kita kena fikir rakyat n putrajaya sekarang bkn untung n ego sendiri sj.but i have no idea harap Tuhan akan tolong memberi jalan utk kita semua.

    ReplyDelete
  8. Bencinya mereka ini pada ulama yang disebut waris nabi dan mereka terus menyokong puak yang mengutuk agama mereka. Seolah mereka mempromosi benci akan agama mereka sendiri. Mereka kacaukan fikiran islam itu semua bentuk dalam hidup dari lahir sampai mati.Siapakah mereka dalam pandangan agama mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nabi ada buat fitnah ke? Kalau tak da maknanya orang tu bukan warislah.

      Delete
  9. Tolong jangan sebut nama PAS dalam PR 2.0.... RAKYAT MALAYSIA RASA ELERGIK.

    ReplyDelete
  10. Pd aku PR 2, xyah ada pas. Selagi TGHH ada, pas kekal mcmtu.

    ReplyDelete
  11. selagi haji hadi@si mulut longkang dan harun din jadi 'kepalanya' takkan aku undi PAS lagi walaupun dh bersama pr2...Tapi balik2 fikir kenapa pr2 diujudkan ye?

    ..cam bangang aje rasanya..

    ReplyDelete
  12. dismaping kita duk kutok sanasini sesekali elokla tengok balek diri kita dah ok ke belum macam Nabi suruh kita hidup kat dnuya ni
    jnagan tertipu ingat hidup lama lagi
    ibilis yang penah hidup dilangit pun tau kekuasaan kerjaan Allah
    kiat sapa hidup kat dunya tak penah dilangit
    cakap ranggi hangit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nabi SAW kata, orang mukmin takkan terjatuh dalam lubang yang sama dua kali. Sebab tu yang dok peringat ni.... supaya jadi org mukmin... maklumlah kita ni tak layak jadi pewaris nabi macam kumpulan tu yang borong habis.... kira2 nabi maksum depa pun tibai cincai mcm samalah.

      Delete
  13. nk offer pas masuk pr2.0 boleh.

    tp jgn mengharap benda busuk utk bersama nnti semua org jd busuk

    tetapkan syarat ketat.... jika khianat lagi semua pemimpin PAS talak 3 bini masing2.

    pas sudah bermasalah... malah umnu pun dh pandang sepi je kt PAS

    jgn takut jika bertanding 3 penjuru....rakyat dh kenal perangai ulamak pas.

    paling tidak pun para isteri semua tkleh terima baiah tu... terlalu umum

    yg sebenar baiah itu jika pemimpin masuk umnu/bn. ketika itu nasib pas di klantan cemas dn dihujung tanduk.

    keadaan progresif keluar dr PAS bukan bersebb kedua2 tu. malah sebb pemimpin pas lah yg berasmara dgn umnu... kalau baiah tu jelas, maka yg tertalak 3 ialah puak2 UG laaa. termasuk presideng n musidol am...no

    ReplyDelete
  14. PKR sedang menuju hala kepupusan dalam jangka masa panjang. Pelik memikirkannya, walau pun telah dihina ketuanya,dihina beberapa kali dibelakangnya, PKR masih mahu berkerjasama dengan PAS. Agaknya macam orang gila talaklah. Apa agaknya yang mendorong mereka berbuat begitu? Munkin Pemimpin tinggi PKR tak dapat lupakan baubadan PAS!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa