Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 10, 2015

Tak benar undi tak percaya: Parlimen negara komunis kot?



Alyaa Azhar

Pembangkang menolak penjelasan speaker bahawa tiada peruntukan dalam peraturan mesyuarat Dewan Rakyat yang membenarkan anggota parlimen pembangkang membentangkan usul tidak percaya terhadap perdana menteri.
“Parlimen mana dalam dunia yang tidak benarkan usul tidak percaya,” kata anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.
Beliau berkata seseorang perdana menteri dipilih berdasarkan keyakinan majoriti anggota parlimen dalam dewan.
Justeru, katanya, jika berlaku perubahan pada majoriti itu, harus terdapat sebuah proses supaya perubahan boleh dilakukan.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia semalam sekali lagi menjelaskan tiada peruntukan Peraturan Mesyuarat yang menyebut ahli parlimen boleh mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri.
"Tiada langsung dalam peraturan.
"(Jadi) Bolehkah saya atas nama demokrasi, demokrasi barat, buat-buat peraturan mesyuarat itu? Itukan nampak bodoh," beliau dipetik sebagai berkata oleh Bernama.
Pandikar juga menegaskan bahawa setakat semalam, beliau belum menerima sebarang usul tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak.

1 comment:

  1. 2.6 Bilion. Seandainya Najib sumbat ke dalam mulut Pandikar Bangang ni sebanyak 1/2 juta bagi mengagalkan undi tidak percaya di Parlimen pun sudah memadai baginya untuk mempertahankan Najib. Malangnya Malaysia ini digabungkan dengan pelbagai bangsa, tetapi satu bangsa sahaja yang mendapat kuasa dan bangsa tersebut juga yang sebilang masa menindas dan mengkhianati sokongan rakyat. Sabah dan Sarawak akan terus dibodohkan oleh pemimpin dari semenanjung dengan cara memberi makan pemimpin mereka sampai kenyang dan rakyat Sabah dan Sarawak hanya cukup dibuai dengan janji-janji kosong sebelum PRU. Selagi rakyat kedua negeri itu berjaya dibodohkan, maka selagi itulah seluruh rakyat di Malaysia akan tertekan dan dizalimi sehingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa