Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 7, 2017

Kita nak baca pula apa yang Dr. Mahathir jawab........

Dr M hina sistem kehakiman, buat pusingan ‘U’ lagi, kata Azalina

  | July 7, 2017
Azalina menyifatkan kes Anwar sebagai 'peribadi' dan tidak timbul persoalan beliau menjadi mangsa dendam politik.
PETALING JAYA: Seorang menteri hari ini menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru sebagai satu lagi “pusingan U”, sambil berkata bekas timbalan perdana menteri itu sudah melalui semua proses sistem keadilan di negara ini.
“Tindakan Tun Mahathir yang kerap kali membuat pusingan U juga menunjukkan sikap sebenar pembangkang yang sanggup menggadai prinsip hanya kerana mahu memenuhi kepentingan peribadi,” kata Azalina, menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab urusan kehakiman.
Azalina mempersoalkan Dr Mahathir yang “lupa” Anwar disingkirkan ketika zaman pemerintahan beliau pada 1998, sambil menyifatkan tuduhannya terdapat campurtangan dalam kes liwat melibatkan Anwar sebagai mempersoalkan sistem kehakiman.
“Ini juga merupakan satu penghinaan kepada perundangan dan sistem demokrasi negara,” katanya.
Dr Mahathir yang kini mempengerusikan PPBM baru-baru ini dipetik akhbar Britain, The Guardian sebagai berkata Anwar “mangsa dendam politik”, sambil membayangkan kerajaan Pakatan Harapan boleh meyakinkan Yang di-Pertuan Agong dapat memberikan pengampunan untuk membebaskannya.
“Keputusan mahkamah jelas dipengaruhi pemerintah dan saya fikir kerajaan akan datang boleh meyakinkan Agong untuk mengampunkan Anwar.
“Jika begitu beliau boleh melibatkan diri dalam politik dan menjadi perdana menteri. Saya tidak akan menolaknya,” kata Dr Mahathir.
Pada September 1998, Dr Mahathir memecat Anwar, yang ketika itu timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, atas tuduhan salah laku moral.
Anwar ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kemudian didakwa atas salah laku kuasa dan seks, sebelum beliau dipenjarakan selama 6 tahun. Pada 2015, Anwar dihukum penjara sekali lagi selepas disabit tuduhan meliwat bekas pembantunya.
Azalina berkata Anwar kini menjalani hukuman penjara atas “kes peribadi”.
“Justeru tidak timbul persoalan Anwar Ibrahim merupakan mangsa dendam politik seperti yang didakwa,” kata Azalina.
“Anwar Ibrahim telah melalui semua proses yang dibenarkan dibawah undang-undang untuk mempertahankan diri beliau termasuk telah mengemukakan rayuan kepada Lembaga Pengampunan.”

KaitanDr M: Bebaskan Anwar dan benarkan dia bertanding

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa