Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 7, 2017

Tak ke malu weh?

Kerajaan Msia patut malu: Dakwaan Abdul Aziz buat MPT Bersatu menangis dan ketawa
07 Julai 2017 | MALAYSIA DATELINE
Tariq Ismail 

Susulan kenyataan ahli Majlis Tertinggi Umno,Datuk Abd Aziz Kaprawi berkenaan tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) yang dikatakan “memalukan”, terus mendapat kecaman parti gabungan Pakatan Harapan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Tariq Ismail membidas kenyataan Abdul Aziz yang berkata, beliau berasa mahu menangis dan tertawa dengan kenyataan yang dibuat oleh seorang Timbalan Menteri.

""Terus terang saya mengaku, saya antara menangis dan tertawa membaca kenyataan YB Datuk. Saya menangis kerana kenyataan ini dibuat oleh seorang Timbalan Menteri yang sepatutnya membuat kenyataan dengan berhemah dan diplomatik terutama sekali apabila mengulas tentang urusan dengan negara-negara luar kerana ini sahaja tahap intelek seorang Timbalan Menteri di Malaysia.

"Saya tertawa kerana jelas sekali kenyataan ini dibuat tanpa usul periksa atau pengetahuan langsung tentang proses penyiasatan berkait undang-undang kleptokrasi di Amerika Syarikat dan kaitannya dengan kesalahan pengubahan Wang haram. Ini kerana YB Datuk tidak dapat membezakan antara tuduhan mencuri dan tuduhan mengubah wang haram." ujarnya dalam kenyataan hari ini

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi dilaporkan berkata tindakan DoJ memfailkan saman sivil bagi merampas aset yang didakwa dibeli menggunakan wang yang diseleweng daripada dana 1MDB adalah memalukan kerana pihak DoJ katanya bertindak berdasarkan maklumat yang tidak tepat.

Abdul Aziz menganggap saman sivil oleh DoJ sebagai janggal kerana difailkan tanpa mendapat maklumat tepat kerana tidak memanggil Presiden 1MDB, Arul Kanda memberikan keterangan, menunjukkan kejahilannya berkaitan prosedur undang-undang.

Mengulas lanjut Tariq berkata, Abdul Aziz perlu faham bahawa 1MDB tidak perlu di panggil memberi keterangan kerana wang disalur dari pihak negara lain yang berurusan dengan badan-badan dan individu-individu yang terlibat dengan 1MDB.

"Jika YB Datuk ingat, tahun lalu lagi, DoJ sudah pun memanggil individu-individu yang terlibat secara langsung sahaja. Setahu saya hanya MO1 yang belum dipanggil memberi keterangan.

"Oleh kerana Arul Kanda tidak terlibat secara langsung dalam transaksi bagi menyalurkan wang tersebut ke Amerika Syarikat, maka Arul Kanda tidak dipanggil memberi keterangan.

"Tindakan ini sahaja menunjukkan bahawa bukti yang digunakan dalam penyiasatan ini terbatas kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Amerika Syarikat sahaja.

"Sepatutnya, yang perlu malu ialah pihak Kerajaan Malaysia kerana enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa negara-negara luar seperti Switzerland yang sedang menjalankan siasatan pengubahan wang haram ke atas sumber kewangan yang disalurkan daripada 1MDB.

"Tidak sekali-kali negara-negara tersebut menjalankan siasatan jenayah mencuri secara langsung, sehinggalah dapat disahkan bahawa wang yang disalurkan telah disalurkan dengan tidak sah dari 1MDB, dan bukti menunjukkan terdapat unsur-unsur penipuan, penyelewengan dan kecurian ke atas 1MDB oleh mereka-mereka yang dipertanggungjawabkan ke atas urusan 1MDB. Harus kita ingat, walau bagaimana sinisnya kita ke atas dasar luar Amerika Syarikat, mereka tidak berkepentingan untuk mendapatkan balik wang dan aset yang diseleweng dari 1MDB bagi pihak rakyat Malaysia. Untuk ini, saya berterima kasih kepada mereka.

"Jadi persoalan akhir saya kepada YB Datuk, bilakah Datuk akan mempertahankan yang benar dan menuntut keadilan bagi pihak rakyat Malaysia?," soalnya.

Terang Tariq lagi, dakwaan Abdul Aziz adalah bersifat semborono hanya berasaskan kepada aduan awam dan maklumat serta dokumen yang disebarkan di media.

Sedangkan ujarnya, kleptokrasi adalah tindakan mencuri atau merampas harta atau aset yang sah dimiliki orang lain tanpa kebenaran pemilik tersebut.

"Apabila pemilik adalah syarikat atau badan awam, pemiliknya adalah individu-individu dibelakang tabir badan tersebut yang berkepentingan ke atas manfaat yang dijana badan tersebut.

"Oleh itu, syarikat berkait kerajaan seperti 1MDB secara tak langsung dimiliki rakyat Malaysia kerana manfaat dari operasi 1MDB sepatutnya diraih rakyat Malaysia.

"Pengubahan wang haram pula adalah tindakan menyalurkan wang haram (seperti wang yang dicuri) melalui pelbagai institusi dan aset kewangan supaya ianya tidak boleh dicam sebagai wang haram. Matlamatnya ialah supaya pemilik wang tersebut serta pihak berkuasa tidak dapat mengecam bahawa wang tersebut dicuri, dan tindakan undang-undang tidak dapat diambil untuk memulangkan wang tersebut kepada pemilik sahnya.

Tariq yang juga Ketua Bahagian Sri Qading menjelaskan, proses penyiasatan DoJ dijalankan berdasarkan maklumat dan rekod-rekod kewangan yang terdapat di institusi-institusi kewangan di Amerika Syarikat sahaja kerana hampir semua penyaluran mata wang asing di dunia melalui institusi di Amerika Syarikat.

Katanya, DoJ punya akses kepada hampir semua rekod transaksi 1MDB di luar negara.

"Sudah tentunya rekod-rekod ini lebih meluas dari rekod-rekod yang diterbitkan oleh Sarawak Report.

"walau tanpa proses penyiasatan DOJ, semua institusi kewangan di dunia diwajibkan menyiasat wang yang disalurkan oleh ahli-ahli politik dan mereka-mereka yang berkait dengan ahli politik. Semua institusi kewangan diwajibkan supaya mengesahkan bahawa wang yang disalurkan tersebut adalah dari sumber-sumber yang sah dan bukan hasil dari aktiviti-aktiviti jenayah atau aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang. Terutama bagi ahli-ahli politik, antara aktiviti-aktiviti yang dibimbangkan adalah rasuah dan kleptokrasi.

"Proses ini adalah proses yang sama diwajibkan ke atas semua institusi kewangan seluruh dunia di bawah garispanduan berkait tindakan anti-pengubahan wang haram.

"Di mana sumber wang tersebut tidak dapat disahkan sebagai hasil dari aktiviti sah dari segi undang-undang, atau sumber tersebut disahkan sebagai berkait badan atau syarikat yang mana sumber pendapatannya berunsur jenayah, transaksi tersebut akan dilaporkan kepada pihak berkuasa seperti DOJ.

"Apabila transaksi mencecah beratus juta atau berbilion dolar Amerika, sudah tentu pihak berkuasa akan menjalankan siasatan. Apabila transaksi demi transaksi dijalankan, dan sumber disahkan oleh pihak berkuasa negara lain seperti Singapura dan Switzerland sebagai hasil dari aktiviti berunsur jenayah berdasarkan hasil siasatan mereka ke atas bank-bank mereka yang terdahulu telah menyalurkan wang tersebut ke Amerika Syarikat, tentunya tindakan awal perlu diambil agar wang tersebut tidak terus lesap sementara siasatan terperinci dijalankan.

"Inilah sebab tindakan sivil diambil tahun lepas – supaya menghalang mereka yang disyaki daripada terus lesap dengan khazanah negara.

"Tindakan yang bakal seterusnya bergantung kepada hasil siasatan terperinci DoJ. Semestinya siasatan DoJ akan mengambil kira bukti-bukti yang berkait dari siasatan negara lain yang mana banknya pernah terbabit dalam menyalurkan wang ke Amerika Syarikat," terangnya.

Berkaitan: Adakah 4 negara maju bertindak bodoh kerana siasat skandal 1MDB?

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa