Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 9, 2017

Parah: Inikah taraf Pengetahuan dan pemikiran Pemimpin parti itu?

SUNDAY, JULY 09, 2017
1MBD : TITM akui Hj Hadi dan Lebai-lebainya membuat kenyataan-kenyataan bodoh!
Setelah Hj Hadi dan Lebai-lebainya membuat kenyataan-kenyataan bodoh dan mendapat kecaman ramai, kini Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man secara tidak langsung terpaksa mengakui hakikat tersebut!

TITM mengakui bahawa Pas sebenarnya tidak mengetahui keadaan sebenar mengenai skandal 1MDB.

Pas baru terkial-kial mahu mengadakan meja bulat untuk mengetahui keadaan sebenar mengenai skandal 1MDB walaupun Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat telah mendedahkan dengan pembuktian yang sangat jelas dan sekurang-kurangnya 9 negara telah menjalankan siasatan dan telah mengambil tindakan tegas terhadap skandal 1MBD.

Menurut Tuan Ibrahim Tuan Man, langkah itu untuk mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak - termasuk bekas pegawai kanan syarikat pelaburan milik negara itu - untuk mengetahui keadaan sebenar. Baca di sini

Langkah TITM ini dilihat sebagai satu pengakuan yang ikhlas dan jujur bahawa apa yang Presiden Pas Hj Hadi dakwa bahawa kuasa asing cuba mencampuri urusan negara dalam isu 1MBD ini adalah berlandaskan maklumat yang tidak jelas.

Ahli Parlimen Parit Buntar, YB Mujahid merujuk surat terbuka Hj Hadi 24 Jun lalu sebagai :
“Tuduhan kononnya kuasa asing cuba untuk masuk campur hal ehwal negara jelas disebabkan kekurangan maklumat…atau kemungkinan mengikut skrip biasa Umno-Barisan Nasional sebelum ini bagi mengalih tumpuan isu sebenar,”
YB Mujahid juga mendakwa Hj Hadi secara tidak langsung menjadi pembela kepada kleptokrasi kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

TITM yang sebelum ini mencadangkan penubuhan RCI tetapi kini secara tidak langsung beliau bersetuju dengan kenyataan YB Mujahid bahawa dakwaan Hj Hadi ‘masuk campur kuasa asing’ itu hanyalah satu tohmahan dan Hj Hadi merupakan pembela kepada kleptokrasi kerajaan pimpinan PM Najib.

Dakwaan bahawa Hj Hadi dan Lebai-lebai Pas kurang maklumat dan merupakan pembela kepada kleptokrasi Najib jelas terserlah bila mana sebelum ini, Hj Hadi mahukan 4 saksi, arwah Mursyidul Am Pas, Haron Din kata mustahil Najib gunakan akaun peribadi masukan duit dari 1MBD.

Kemudian Hj Hadi dan Lebai-lebai Pas menuduh Amerika Syarikat campur tangan dalam siasatan 1MBD.

Terakhir sekali, Hj Hadi sarankan supaya kemelut 1MDB diselesaikan dengan al-Quran!

Pas sangat ketinggalan dan dilihat sangat pelik kerana ketika parti pembangkang lain giat melancarkan Roadshow di seluruh negara menerangkan tentang skandal 1MBD, PAS baru bercadang untuk mengadakan sidang meja bulat khas untuk membincangkan skandal 1MDB ?

Dan kemanakah Pas akan bawa resolusi hasil perbincangan dari meja bulat ini nanti? Tidak ada kepastian mengenai langkah selanjutnya yang akan Pas lakukan. Mungkin Pas sekadar mahu menunjukan bahawa Pas juga prihatin tentang skandal 1MBD setelah sekian lama menyepi.

Bukankah lebih wajar jika Pas bersama Pakatan Harapan menggesa agensi-agensi berwajib seperti Jabatan Peguam Negara, SPRM, BNM dan PDRM untuk membuka kembali kertas siasatan.

Dakwaan terbaru yang terkandung di dalam pemfailan ketiga Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat sarat dengan pembuktian yang sangat jelas. Hanya dengan mengheret mereka dibicarakan di mahkamah, kebenaran itu akan diketahui; bukan dengan persidangan bulat yang Pas cadangkan!

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 9:04 am

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa