Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 3, 2017

Tindakan Sarawak: Satu tamparan kepada pentadbiran Datuk Seri Najib?

Tindakan Sarawak dikhuatiri undang campur tangan kuasa luar - Salahuddin 
Israr KhalidAstro Awani |  Julai 03, 2017 15:41 MYT
Tindakan Sarawak dikhuatiri undang campur tangan kuasa luar - Salahuddin
Salahuddin (gambar) melihat tindakan kerajaan negeri Sarawak itu seakan-akan mencabar kerajaan pusat Barisan Nasional. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Sarawak yang menghantar wakil ke London bagi meneliti Perjanjian Malaysia 1963 (MA 1963).

Katanya, tindakan yang dibuat bagi menentukan hak-hak sebenar negeri itu yang termaktub di bawah perjanjian tersebut bakal mengundang campur tangan asing dalam pentadbiran negara.

“Mengapa ini berlaku selepas 60 tahun kita merdeka? Sudah tentu ia bertolak daripada satu keadaan yang tidak kondusif, hubungan atau hak-hak yang mungkin tidak diberikan secara adil, kepada kerajaan Sarawak.

“Ini satu tamparan kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak pada hari ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Amanah di sini, hari ini.
Katanya, sekiranya perkara seperti itu dibuat oleh parti pembangkang, sudah pasti mereka akan didakwa di bawah peruntukan undang-undang seperti Akta Hasutan 1948 dan akta-akta lain yang berkaitan.

1 Julai lalu, Datuk Abang Johari Openg berkata Sarawak menghantar sepasukan peguam ke London bagi tujuan tersebut, diketuai Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Menurut Ketua Menteri itu, ia sebagai kesinambungan usaha bekas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem (Tok Nan) untuk mendapatkan hak Sarawak sepertimana yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia.

Salahuddin melihat tindakan itu seakan-akan mencabar kerajaan pusat Barisan Nasional.

“Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tempoh hari, nampaknya sentimen anti-Semenanjung yang ketara dan hebat dibangkitkan Allahyarham Tok Nan berjaya menarik sokongan besar rakyat Sarawak kepada partinya.

“Persoalan saya, adakah mereka akan membuat perkara sama dalam PRU14 nanti?” soalnya.

1 comment:

  1. I am truly thankful to the owner of this web
    site who has shared this wonderful article at at
    this place.

    Also visit my webpage ... Jeff Martin's Heartburn No More

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa