Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 5, 2017

LKS kata kalau Amanah menang: Husam ngigau atau Nik Amar yang tak faham bahasa?

RABU, 5 JULAI 2017 @ 5:41 PM 
'Husam jangan mengigau' - Mohd Amar 
Oleh Attirmidzie Rahman bhkb@bh.com.my 
TIMBALAN Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ditemubual oleh pihak media selepas mesyuarat exco di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK). - Foto Faris Zainuldin.

KOTA BHARU: Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa, diingatkan supaya tidak 'mengigau' kerana mahu memegang jawatan Menteri Besar di Kelantan. 

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata PAN perlu menang terlebih dulu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) di Kelantan, sebelum mengumumkan untuk memegang sebarang jawatan dalam pentadbiran negeri.

"Saya rasa dia (Husam) mengigau sebab tiba-tiba mahu mencalonkan nama menjadi Menteri Besar, tindakan itu ibarat belum lagi berkahwin tapi dah bagi nama anak.

"Sepatutnya Husam kena lihat kedudukan dan memenangkan parti yang diwakilinya itu di Kelantan dulu, baru boleh pegang jawatan... ini tindakan pelik," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat EXCO kerajaan negeri di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini. 

Mengulas mengenai Husam mencabar kerajaan negeri supaya menamakan calon Menteri Besar, Mohd Amar berkata tidak ada sebab untuk menamakan calon lain kerana Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob masih mampu menjalankan tugasnya.

"Beliau (Ahmad) masih lagi sihat dan menjalankan tugas dengan baik sebagai Menteri Besar, jadi biarlah Husam dengan angan-angan Mat Jeninnya itu.

"Setiap parti ada hak untuk menamakan calon, tetapi jika menang, dan biarlah ia dilakukan dengan prosedur yang betul mengikut undang-undang," katanya. 

Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang, baru-baru ini mahukan Husam sebagai calon Menteri Besar Kelantan jika tampuk pemerintahan negeri itu berubah pada PRU akan datang

Kit Siang berkata, pemilihan Husam dibuat bagi membawa perubahan besar kepada Kelantan yang selama ini diperintah oleh kepemimpinan PAS. 

Kenyataan itu disokong Husam yang menyatakan kesediaannya dinamakan sebagai calon Menteri Besar bagi tujuan strategik Pakatan Harapan merampas negeri ini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa