Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 5, 2017

Syarikat kutip wang haram: Adakah Kerajaan Kelantan menjadi mangsa atau bersubahat?

Kerajaan Kelantan didakwa terlibat dengan syarikat kutip wang haram
03 Julai 2017 | ZIKRI ABDULLAH
Husam Musa

Kerajaan negeri Kelantan didakwa terlibat dengan operasi sebuah syarikat yang mengutip wang orang ramai dengan menjual token atau apa yang didakwa cryptocurrency.

Naib presiden Amanah, Datuk Husam Musa berkata rakyat berhak untuk mengetahui sama ada langkah Climate Protector yang beralamat di Berek 12, Kota Bharu menggunakan kelulusan sejuta ekar Hutan Simpan Kekal (HSK) itu dengan mengutip wang orang ramai dengan menjual token atau apa yang didakwa cryptocurrency dipersetujui oleh Kerajaan Kelantan atau tidak.

"Semasa berucap di majlis perjumpaan Aidilfitri, 2 Syawal (26 Jun), Menteri Besar Kelantan dengan bangganya sekali lagi bercakap mengenai projek 'bertaraf dunia' Kelantan - perniagaan karbon menerusi sejuta ekar HSK diluluskan kepada Climate Protector Sdn Bhd.," katanya melalui status faceboonya hari ini.

Sedangkan tiga hari sebelum itu katanya, iaitu pada 23 Jun, Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi laman webnya, menyenaraikan Climate Protector dan sekutunya, EcoBit sebagai beroperasi tanpa kelulusan BNM. http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_announcement&pg=en_announcement&ac=551&lang=en 

"Pertama, syarikat mengutip wang secara haram menggunakan kelulusan Kerajaan Negeri?

"Kedua, orang ramai mungkin menjadi mangsa kepada skim penipuan?

"Ketiga, syarikat mendapat untung percuma?

"Jika ya, adakah Kerajaan Kelantan turut menjadi mangsa atau bersubahat?," soal beliau.

Menurutnya selepas pendedahan ini, Kerajaan Kelantan perlu mengambil tindakan segera bagi menyelamatkan negeri dan rakyat.

"Kala perlu kerajaan harus membatalkan perjanjian.

"Atau memberitahu orang ramai jangan terpedaya.
.
"Bagi rakyat mereka tidak harus berdiam diri seperti biasa.

"Kalau perlu patut membuat laporan polis, BNM dan SPRM," katanya.

Apa yang penting katanya, aset HSK Kelantan tidak tergadai, rakyat tidak mengalami kerugian dan kepentingan negeri dipelihara secara jujur, amanah, profesional dan cekap.

"Esok jam 4 Julai 2017, Selasa, jam 11.00 pagi saya akan mengadakan sidang media Khas di Wisma Amanah Negara, Kuala Lumpur," katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa