Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 21, 2013

Allah Membakar Mereka Di Dunia Lagi !

Ratusan maut kerana cuaca panas
20 Julai 2013
Kebanyakan penduduk tidak melepaskan peluang untuk berjemur 
di Dewan Bandar Belfast walaupun suhu panas ketika ini.

LONDON - BRITAIN. Cuaca panas di Britain didakwa meragut kira-kira 760 nyawa dalam tempoh sembilan hari antara 6 dan 15 Julai lalu.

Dipetik Press TV, kajian menunjukkan cuaca panas terik itu turut menyebabkan kematian mengejut antara 540 dan 760 penduduk di negara tersebut.

Ketua Perlindungan Kesihatan Awam,Profesor Virginia Murray berkata, keadaan itu mencetuskan kebimbangan kerana ia meningkatkan risiko kematian.

Angka kematian mungkin meningkat kerana suhu dijangka meningkat sekali ganda iaitu 35 darjah Celsius sehingga minggu depan.

Difahamkan, cuaca panas melampau boleh menyebabkan strok haba, sekali gus mengakibatkan kerosakan otak dan kematian - sumber

2 comments:

  1. bencana yg Allah turunkan secara kebetulan dinegara penguasa kufur tapi tak semua mangsa bukan berugama islam, mungkin ada yg beragama islam. sekarang dinegara2 islam banyak bencana berlaku spt di syria, mesir, pelestine dan penduduk islam rohingya. saya tidak setuju seolah2 penulis gembira dgn musibah yg berlaku di Britain seuah negara bukan islam. Bagaimana jika org bukan islam menyatakan tuhan telah menghuru-harakan negara2 islam dan membalas mereka dengan kematian seban hari.

    ReplyDelete
  2. Anon 1:51 AM

    Saya bukannya gembira tetapi apa yang saya nak paparkan adalah Allah itu Maha Kuasa.

    Dan Allah tidak akan turunkan musibah kalau bukan kerana dosa atau menduga keimanan hambanya...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa