Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 19, 2013

Bila Mesir Jatuh Ke Tangan 'Hamba Yahudi', Rakyat Palestin Semakin Derita

Kepungan di Gaza jenayah melampau
18 Julai 2013
Terowong Gaza turut digunakan untuk membawa haiwan ternakan

GAZA - Kumpulan Pergerakan Palestin Al-Ahrar menganggap keputusan Mesir untuk terus merobohkan terowong antara Gaza dan negara itu dianggap sebagai jenayah kemanusiaan.

Jurucakap Al-Ahrar berkata, terowong itu adalah salah satu ‘talian hayat utama’ kepada penduduk Palestin di Gaza sejak rejim Zionis mengetatkan laluan keluar pada 2006 hingga sekarang.

“Kami menggesa Mesir tamatkan pengepungan di Gaza dan mencari alternatif supaya laluan Rafah di buka semula,” katanya.

Sementara itu, Kumpulan Hak Asasi Manusia Antarabangsa menyelar keputusan Mesir dan menganggap tindakan itu sebagai tidak berasas.

“Rakyat Palestin di Gaza tidak terlibat dalam hal ehwal dalaman Mesir tetapi mengapa mereka menjadi mangsa,” kata jurucakapnya kepada PIC.

Minggu lalu, Jeneral Angkatan Tentera Mesir mengarahkan semua terowong antara Gaza dan Mesir dirobohkan sebelum operasi keselamatan bersepadu di Sinai bermula. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa