Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, July 20, 2013

LINTANG PETANG - MSO

Saya juga punya pandangan yang sama dengan MSO ini
Ada pekung di dalam baju?

Kenapa Wan Ahmad Tidak Mahu Heret Rafizi Ke Mahkamah?

Memahami ulasan timbalan pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar berhubung kenyataan Rafizi Ramli kononnya ada pemimpin tertinggi SPR mengenali rapat dengan Mohamad Salleh orang yang dikatakan bertanggungjawab mengurus untuk mendapatkan tander membekal dakwat kekal untuk pilihan raya umum lalu membayangkan Wan Ahmad tidak mahu mengheret Ahli Parlimen Pandan itu ke mahkamah.

Ketika mengulas berhubung kenyataan Rafizi yang dibuat diluar parlimen kelmarin Wan Ahmad hanya melahirkan rasa kesal kepada Rafizi kerana membuat kenyataan fitnah dan beliau enggan melayan Rafizi yang dianggap memfitnahnya.

Sikap Wan Ahmad itu mengecewakan orang ramai yang menanti-nanti kes itu dibawah ke mahkamah. Sebelum ini Wan Ahmad ataupun Aziz Yusuf dikira tidak ada hak untuk membawa Rafizi ke mahkamah kerana beliau membuat tuduhan itu di dalam dewan. Apa-apa kenyataan yang dibuat di dalam dewan tertakluk kepada imunniti dewan bagi seseorang ahli parlimen.

Bagaimkana pun untuk membolehkan Aziz dan Wan Ahmad mengambil tindakan terhadapnya, Rafizi membuat kenyataan diluar dewan tidak sampai tiga jam selepas diminta oleh Speaker berbuat demikian untuk memberi peluang kepada Wan Ahmad dan Aziz Yusuf.

Apakah Wan Ahmad atau Aziz kurang berani untuk membawa Rafizi ke mahkamah kerana bimbang mahkamah akan melondehkan sesuatu yang masih menjadi tanda tanya itu? Persepsi akan timbul kalau mereka berdua tidak menyaman Rafizi, kemungkinan benarlah Aziz dan Wan Ahmad mengenali rapat dengan Mohamad Salleh?
 [wm.kl.6:09 pm 20/07/13]

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa