Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 21, 2013

Rupanya Di Mesir Pun Bila Berkuasa Menjadi Buta Juga

Mereka buta melihat siapa dan pihak mana yang mencetuskan huru-hara
Pihak mana yang menyeran pihak mana?
Kenapa huru-hara tercetus?
Pihak mana yang 'kucar taik'?
Rupanya kebutaan untuk melihat dengan jelas berlaku di mana-mana

Tentang pencetus huru-hara
Penyokong presiden Mesir yang digulingkan Mohammed Mursi mengadakan 
tunjuk perasaan di hadapan Universiti Kaherah, semalam.

Kaherah: Presiden sementara Mesir, Adli Mansour berjanji kelmarin untuk menentang pihak yang menyebabkan negara itu ke terjerumus kancah huru-hara, beberapa jam sebelum Ikhwanul Muslimin bercadang melakukan bantahan besar-besaran menuntut kepulangan pemimpin Islam disingkir Mohamed Mursi. 

Penyokong Ikhwanul berarak di jalanan semalam dalam kempen mereka untuk membantah tindakan tentera ke atas presiden pertama yang bebas dipilih negara ini, namun pergerakan itu juga memberi tanda pertama kesediaan untuk berunding dengan pembangkang. 

Beri jaminan 

Mansour memberi jaminan dalam ucapan awam pertamanya sejak mengangkat sumpah 4 Julai lalu untuk mengembalikan kestabilan dan keselamatan. 

“Kami sedang melalui satu peringkat kritikal dan sesetengah pihak mahu kami bergerak ke arah huru-hara sedangkan kita mahu kestabilan. Ada pihak mahukan pertumpahan berdarah,” katanya dalam ucapan disiarkan televisyen. 

“Kami akan berjuang untuk mendapatkan keselamatan sehingga ke akhir.” 

Perhimpunan berkenaan menyasarkan untuk menunjukkan bahawa penyokong Mursi tidak bersedia menerima kerajaan disokong tentera. 

Bagaimanapun, seorang pegawai Ikhwanul memberitahu Reuters kelmarin bahawa pergerakan itu sudah mencadangkan satu rangka kerja untuk rundingan dibantu Kesatuan Eropah (EU) - sumber 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa