Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 21, 2013

Aku Tak Minat Kes Liwat Anwar Tetapi Tertarik Dengan Isu Mat Zain-Shafee

Jika SD tiada nilai, kenapa respon, soal Mat Zain kepada Shafee
OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim mempersoalkan tindakan pendakwa raya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberikan respon terhadap Akuan Berkanun (SD) beliau, sedangkan dalam hujahnya, Shafee berkata SD berkenaan tiada nilai.
"Sekiranya SD saya itu tidak boleh diterima pakai, mengapa Shafee membuat dua afidavit pada 10 Disember 2013 dan 18 Disember 2013 dan menjawab setiap perenggan di dalamnya," soal Mat Zain dalam kenyataannya hari ini.
Kenyataan berkenaan dikeluarkan Mat Zain  selepas mahkamah awal hari ini menolak permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan Shafee sebagai pendakwa raya kes liwat II beliau untuk kali kedua atas alasan SD berkenaan sekadar khabar angin dan tidak mempunyai asas.
Mahkamah Rayuan dengan hakim tiga panel yang diketuai oleh Datuk Aziah Ali dalam penghakimannya di Putrajaya berkata, mahkamah turut bersetuju dengan hujah Shafee bahawa SD Mat Zain tidak lengkap kerana maklumat peribadi beliau dalam SD berkenaan mengandungi kesilapan."Kemudian apabila beliau (Shafee) 'tertangkap' membuat kenyataan silap dan/atau palsu seperti yang beliau akui sendiri dalam afidavit bertarikh 18 Disember 2013, beliau mengada-adakan cerita memburukkan diri saya pula," katanya.
"Kad pengenalan dan alamat di dalam SD dihitamkan. Tidak pasti mengapa Mat Zain enggan mendedahkan maklumat itu jika beliau percaya dengan dakwaan berkenaan," katanya.
Aziah berkata, Mat Zain bagaimanapun tidak menyembunyikan maklumat berkenaan dalam kes lain yang difailkan di mahkamah di Shah Alam.
"Kami sebulat suara berpendapat SD itu tidak boleh diterima sebagai bukti," katanya.
Mat Zain dalam kenyataannya bagaimanapun mempersoalkan sekiranya nombor kad pengenalan dan alamat kediamannya yang digelapkan atas sebab keselamatan keluarga menjadi isu, mengapa Shafee tidak menyemak dengan salinan SD yang ada pada Perdana Menteri, Ketua Setiausaha Negara, Peguam Cara Negara dan juga Ketua Polis Negara yang mempunyai salinan SD itu sejak 10 Oktober lalu.
"Saya sedar Shafee malu khasnya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan mungkin juga dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri, kerana menerusi kenyataan saya dalam SD tersebut, membongkarkan diri beliau sebagai seorang pembelot atau dikatakan 'talam dua muka'," kata Mat Zain.
Mat Zain berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan “tidak ada apa-apa komplot” berkaitan pertemuan di pejabat Shafee dan kemudian di kediaman Tun Mahathir.
Anwar, 66, pada 6 Disember memfailkan permohonan kedua untuk mengenepikan Shafee daripada pasukan pendakwa, dengan menggunakan maklumat yang terkandung di dalam SD Mat Zain sebagai asas.
Mahkamah Rayuan sebelum ini menolak permohonan pertama beliau pada 17 September tahun ini termasuk rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan.
Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Rohana Yusuf dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh.
Permohonan pertama Anwar untuk mengenepikan Shafee adalah berdasarkan kesahan pelantikan beliau dan atas alasan wujud percanggahan kepentingan kerana Muhammad Shafee dikatakan menjadi saksi penting dalam perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar.
Pada 9 Januari tahun lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. – 20 Disember, 2013.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa