Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, December 20, 2013

Mangsa Culik warga Taiwan Diselamatkan

Mangsa culik warga Taiwan berjaya diselamatkan - KPN
2013/12/20 - 17:52:21 PM

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun twitternya mengesahkan warga Taiwan yang diculik di Pulau Pom Pom, Sabah November lalu berjaya diselamatkan, hari ini. 

Mangsa kini berada di Hospital Merin di Sulu dan akan diterbangkan ke Zamboaga City esok. 

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan keselamatan Filipina di atas kejayaan itu. 

Katanya, maklumat lanjut masih ditunggu dari pihak berkuasa Filipina dan perkembangan kes itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.  - sumber

1 comment:

  1. nasib baik hidup lagi tiada yang benar benar selamat jika Allah tidak izinkan

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa