Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 24, 2013

PRU14: Jazlan Kata BN Akan Kalah Lebih Teruk, Shahrir Dan Shahidan Kata Tidak!

Sebab apa?
Sebab mereka tahu Melayu adalah tunggul
Dipijak pun tak apa, di ketuk pun tak apa asalkan tetap di situ

Tunggul adalah tempat akar berselirat, tempat ular berlindung
Berpanas berhujan adalah biasa!


Mana lebih tajam berfikir 
Antara manusia baru dan manusia antik?

Tiada larangan keluarkan kenyataan, kata Shahrir

Ikhwan Zulkaflee | December 24, 2013
Memang boleh buat kenyataan kepada media. Kita tak boleh larang mereka untuk memberikan pandangan peribadi.





PETALING JAYA: Bekas menteri kabinet, Tan Sri Shahrir Samad mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mengeluarkan kenyataan yang dilihat bertentangan dengan kepentingan parti.
Menurut pemimpin veteran Umno itu, setiap pemimpin Umno berhak untuk membuat kenyataan tanpa larangan dari parti tersebut.
“Memang boleh buat kenyataan kepada media. Kita tak boleh larang mereka untuk memberikan pandangan (peribadi),” katanya apabila dihubungi FMT hari ini.
Shahrir yang merupakan Ahli Parlimen Johor Baharu, mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tersebut mengatakan bahawa (BN) akan kalah lebih teruk di bandar dan separa bandar kerana rancangan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan yang akan dilaksanakan tahun depan.
“Akibat kenaikan itu orang marah dan tidak undi kerajaan. PRU13 kita sudah kalah di bandar dan pada PRU14 nanti, BN akan (kalah) lebih teruk (di bandar),” Nur Jazlan dipetik dalam akhbar Sinar Harian.
Shahrir bagaimanapun tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat Nur Jazlan.
“Tak. Takkan berlaku,” kata Shahrir apabila diminta untuk memberikan pandangan apakah senario itu akan berlaku dalam PRU14 nanti.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim turut menyatakan perkara yang sama.
Menurutnya, kenyataan itu merupakan pandangan peribadi Nur Jazlan.
Beliau bagaimanapun menegaskan tidak akan berlakunya kenaikkan harga barang pada tahun hadapan.
“Yang akan naik ialah tarif elektrik. Harga barangan rasanya tak akan naik.
“Kerajaaan cukup perihatin dengan masalah rakyat dan cuba mengelakkan dari berlakunya kenaikkan harga barang. Jika kenaikkan harga barang berlaku, saya sendiri tak setuju,” katanya.
Beliau turut menambah kerajaan selepas ini perlu berhati-hati sebelum meneterai sebarang perjanjian dengan mana-mana syarikat pemegang konsesi agar tidak terbeban dengan kontrak tersebut kelak.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa