Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 25, 2013

Malang: Dia Mendapat Ibu Bapa Gila!

Budak tiga tahun ditinggalkan keluarga
GEORGETOWN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemui dihadapan pintu Tapak Pesta Pulau Pinang dipercayai ditinggalkan keluarganya awal pagi tadi.
Kanak-kanak itu ditemui kira-kira jam 2.30 pagi oleh pekerja tapak pesta berkenaan dan menghantarnya ke Balai Polis Sungai Nibong. 
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Ismail Idris berkata, kanak-kanak itu dikenali sebagai Jihan dan dia dipercayai ditinggalkan keluarganya di situ tanpa sebarang dokumen pengenalan diri. 
Beliau berkata, polis sedang berusaha mengesan ibu bapa kanak-kanak terbabit.
"Sehingga kini tiada individu atau ahli keluarga kanak-kanak itu hadir ke Balai Polis Sungai Nibong untuk mengambilnya dan kanak-kanak itu akan diserahkan kepada Unit Siasatan Jenayah Seksual (D11), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri untuk tindakan lanjut," katanya. - sumber
Lagi cerita di GeorgetownBayi berselimut ditemui orang awam

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa