Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 26, 2013

Tuduhan Merapu: Buat Apa Respon?

Pas tiada hasrat guling kerajaan



ALOR SETAR – Pas menegaskan bahawa parti itu tidak pernah berhasrat untuk mengguling kerajaan dengan mengadakan perhimpunan pada 31 Disember nanti.

Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu berkata, Pas terus komited dengan amalan demokrasi dan tidak akan memilih cara tersebut untuk mengguling kerajaan.

“Kalau demokrasi negara kita tidak sempurna, kita akan tuntut dan lawan sampai ia menjadi agak sempurna. Kita tidak memilih jalan untuk mengguling kerajaan. Kalau parti politik macam Pas pun tidak pernah terfikir nak mengguling kerajaan luar daripada pilihan raya, apatah lagi pelajar.

“Kita bertegas nak ambil alih kuasa melalui proses pilihan raya dan demokrasi. Walaupun demokrasi yang berjalan tidak sempurna, kita akan perjuangkan supaya ia dapat menjadi lebih baik. Kalau 10 tahun dulu kita berkumpul sikit, polis sudah kepung. Bahkan di kawasan Kuala Kedah, pernah pihak polis melepaskan gas pemedih mata ketika
ceramah dalam markas di Anak Bukit dan Kubang Rotan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ceramah sempena Mini Karnival Anak Muda di pekarangan Kompleks Pas Pokok Sena, di sini, malam semalam.

1 comment:

  1. Tuduhan untuk mengguling kerajaan dengan mengadakan perhimpunan pada 31 Disember, adalah ciptaan UMNO untuk mengharuskan tindakan mengharamkan kpd sebarang perhimpunan lain.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa