Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 26, 2013

Jengok Sejarah: Penafian Adalah Pengakuan!

Yang aku dah tengok dan dengarla.....
Sejak dari zaman Mahathir segala penafian perlukan penelitian untuk dipercayai
'Penafian' dari mulut pemimpin di negara ini adalah sebenarnya 'pengakuan'
Adakah Rafizi salah? 
Atau kenyataan MoF itu benar?

Penafian Putrajaya adalah pengakuan aset negara digadai, kata Rafizi
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
DECEMBER 26, 2013


Kenyataan Kementeri Kewangan (MOF) semalam mengenai dakwaan penggadaian aset negara merupakan pengakuan Putrajaya bahawa kerajaan telah menjual dan menggadai aset-aset negara, kata pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli.
Rafizi menegaskan, MOF tidak menafikan amalan berkenaan, sebaliknya memberikan alasan penjualan aset dan pensekuritian pinjaman perumahan kakitangan kerajaan "adalah perkara biasa dan telah berlaku sebelum ini".
"Kementerian Kewangan tidak boleh menafikan fakta-fakta yang dibentangkan Bank Dunia mengenai terdesaknya pentadbiran (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak dalam mencapai sasaran defisit," dakwa ahli Parlimen Pandan itu ketika sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, pagi ini.
Rafizi berkata beliau khuatir jika kaedah pensekuritian pinjaman perumahan kakitangan kerajaan terus digunakan sebagai jalan mudah mendapat pendapatan tambahan.Rafizi sebelum ini mendedahkan laporan Malaysia Economic Monitor (MEM, December 2013) yang dikeluarkan Bank Dunia, yang mengatakan Putrajaya menjual aset negara bagi mengurangkan defisit ke paras 4% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang ditetapkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Ia mempunyai risiko tersendiri kerana rumah-rumah yang dibeli peminjam digadaikan pula kepada pelabur yang mereka tidak ketahui," katanya.
Semalam, Putrajaya menafikan dakwaan Rafizi bahawa ia menjual aset kerajaan untuk mengurangkan defisit dengan mengatakan ianya dilakukan di bawah inisiatif pengewangan aset (monetization of assets) bagi memajukan tanah.
MOF juga menyelar kenyataan Rafizi sebagai tidak bertanggungjawab dan sengaja memutarkan kandungan laporan Bank Dunia itu bagi tujuan politik.
"Semua pihak dinasihatkan meneliti laporan yang dibentangkan di Parlimen sebelum membuat tuduhan yang tidak berasas, demi kebaikan bersama," tambahnya.
Kementerian itu sekaligus menolak keperluan untuk sidang tergempar Parlimen kerana laporan tersebut telah pun dibentang di Parlimen pada 25 Oktober lalu.
Menurut MOF, langkah menjual aset "telah merangsang lebih banyak penglibatan agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLCs) dan sektor swasta di dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara", sambil mendakwa pemindah-milikan aset dilakukan mengikut harga pasaran berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah.
Di sidang media hari ini, Rafizi mengingatkan bahawa pensekuritian melibatkan penjualan portfolio pinjaman perumahan kakitangan kerajaan kepada pelabur melalui penerbitan bon.
"Ini bermakna bahawa kakitangan kerajaan secara tidak langsung berhutang dengan pelabur-pelabur yang membeli bon yang diterbitkan melalui kaedah pensekuritian ini," katanya.
Walaupun pensekuritian adalah kaedah ekonomi yang paling selamat, ia telah mencetuskan krisis terburuk di Amerika Syarikat pada 2007 dan 2008, kata Rafizi.

"Masalah juga akan timbul apabila pembeli rumah gagal untuk membayar pinjaman mereka disebabkan peningkatan kos sara hidup, dan memberikan kesan terhadap pendapatan boleh guna mereka," katanya lagi.
Malaysia mengalami defisit fiskal selama 15 tahun berturut-turut, sementara hutang negara meningkat kepada 53.3% dalam KDNK pada penghujung 2012 daripada 51.6% pada hujung 2011 dan 39.8% pada hujung 2008. - 26 Disember, 2013.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa