Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 21, 2014

4 Insiden Dalam 45 Hari: Adakah Keyakinan Penumpang MAS Terhakis?

Masa mengkaji semula jadual selenggara pesawat MAS


Kini sudah tiba masanya bagi pihak berkuasa mengarahkan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap pesawatnya.

Seramai 166 penumpang dan anak kapal pesawat MH192 mengalami pengalaman ngeri apabila burung besi daripada Kuala Lumpur ke Bangalore itu terpaksa membuat pendaratan cemas awal pagi tadi. Tayar Boeing 737-800 itu didapati meletop ketika berlepas.

Ia dikemudi Kapten Nor Adam Azmi yang diarahka berpatah balik dan terbang berlegar-legar selama empat jam sebelum mendaratkan pesawat pada jam 1.56 pagi.

Ini merupakan insiden keempat dalam tempoh 45 hari:

Ø 8 Mac, MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang. Nasibnya sehingga kini menjadi misteri;

Ø 22 Mac, MH114 yang terbang ke Kathmandu dilanggar sekawan burung ketika menghampiri lapangan terbang Tribhuvan. Pesawat itu pecah lensa pendaratan dan telah diganti pada keesokan harinya.

Ø 24 Mac, MH066 dalam perjalanan ke Seoul telah diarah membuat pendaratan di Hong Kong apabila generator pesawat itu tidak berfungsi.

Sudah jelas bahawa empat insiden itu mencalar keyakinan penumpang serta penyokong tegar MAS.

Pemangku menteri pengangkutan bukan hanya boleh menunjukkan mukanya di KLIA bagi bagi menyatakan kebimbangan. Beliau wajar bertindak.

Datuk Seri Hishamuddin Hussein tidak boleh lagi bergantung kepada nasib dan kebolehan juruterbang bagi menyelamatkan keadaan.

Apa akan dikata beliau apabila tragedi seperti MH370 berulang kembali?

Memang kita puji sikap beliau turun ke KLIA bagi menenangkan keadaan pada awal pagi hari ini.

Tetapi beliau dan pihak kerajaan juga perlu memastikan MAS mengkaji semula jadual selenggara pesawat-pesawatnya.

Adakah MAS sedang berjimat ketika hutangnya membukit? Inilah yang dibimbangi penumpang dan rakyat Malaysia sebenarnya.

Selalukah tayar kapal terbang meletop? Kerapkah generator kapal terbang gagal berfungsi?

Adakah keadaan ini dapat dielakkkan jika penyelenggaraan lebih kerao dilakukan?

Hishamuddin menulis di akaun Twitter “Mereka mendarat selamat – Syukur.”

Nor Adam Azmi dan anak kapalnya wajar dipuji kerana menenangkan penumpang di kala kecemasan.

Namun, tidak wajar jika Hishamuddin dan MAS terlalu kerap bersandarkan nasib sahaja.

Buatlah sesuatu tindakan agar pesawat MAS selamat ketika penerbangan. - sumber

# Saya baru pulang ke Kota Bharu dari KL jam 8:40 malam ini menggunakan perkhidmatan Firefly. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik dan selamat.....

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa