Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, December 25, 2015

Apa nak jadi sekarang ni? Politik dan semua perkara jadi 'kube' dan tunggang langgang!

Pegawai peguam negara nafi halang bedah siasat kedua Kevin Morais 
OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
Published: 24 December 2015 5:16 PM
Pegawai khas kepada peguam negara membuat laporan polis terhadap Sarawak Report berhubung dakwaan beliau berperanan menghalang bedah siasat kedua dijalankan ke atas timbalan pendakwa raya yang dibunuh Datuk Anthony Kevin Morais. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Disember, 2015.

Pegawai khas kepada peguam negara membuat laporan polis terhadap Sarawak Report berhubung dakwaan yang beliau berperanan menghalang bedah siasat kedua dijalankan ke atas timbalan pendakwa raya yang dibunuh Datuk Anthony Kevin Morais.

Mabel Muttiah berkata beliau membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada Isnin, meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap laman web pemberi maklumat itu dan membersihkan namanya.

"Laporan laman web itu satu pembohongan dan manipulasi fakta demi satu motif yang tersembunyi," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.

Beliau berkata, mereka yang mengendalikan laman itu tidak mengamalkan etika kewartawanan kerana tidak ada seorang pun yang menghubunginya bagi mendapatkan respons pihaknya.

Katannya, laporan berita itu juga menyebabkan kewibawaan beliau dipertikaikan dan menjejaskan kerjaya dan keluarganya.

"Mana-mana bantuan yang diberikan kepada ahli keluarga Kevin dilakukan dengan niat baik tetapi tanpa saya sedari, saya ditikam dari belakang," katanya dengan suara sebak.

The Malaysian Insider difahamkan kejadian itu menyebabkan Muttiah dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan sebagai pegawai undang-undang mulai Januari.

Wanita itu ditugaskan sebagai pegawai khas Tan Sri Mohamed Apandi Ali selepas beliau dilantik sebagai peguam negara pada 28 Julai, menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul ACP R Munusamy berkata laporan Muttiah akan dirujuk ke Putrajaya di mana dia pertama kali membaca artikel portal itu, yang diterbitkan pada Ahad.

Sarawak Report mendakwa Muttiah menghantar teks pesanan kepada ahli keluarga Kevin dalam usaha "membuli dan kemudian merasuah keluarga itu supaya membakar mayat Kevin, sebelum bedah siasat kedua boleh dilakukan".

Pada 23 November, seorang lagi adik-beradik mereka, Charles Morais memfailkan permohonan untuk menjalankan bedah siasat kedua ke atas Kevin kerana hasil prosedur pertama didapati samar-samar.

Hasrat itu kemudian dibatalkannya kerana seorang lagi saudara mereka, Datuk Richard Morais yang tinggal berjauhan dari keluarga, sudah menuntut mayat Kevin dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur.

Mayat itu dipercayai dikebumikan tidak lama kemudian, memandangkan Richard juga memperoleh permit pengebumiannya.

Charles membuat satu akuan berkanun yang mengejutkan pada 25 November, mendakwa Richard dihasut personaliti tertentu untuk melupuskan mayat Kevin.

"Saya mempunyai bukti dalam bentuk SMS yang diterima saudara David daripada seorang pegawai di Jabatan Peguam Negara yang dihantar kepadanya pada atau kira-kira pada 15 November 2014," katanya.

Charles, penduduk tetap Amerika Syarikat, juga mendakwa kematian Kevin berkait dengan kertas pertuduhan yang beliau dikatakan terlibat, untuk mendakwa seorang pegawai tinggi kerajaan atas kesalahan rasuah.

Katanya, beliau amat terkejut mendapati Hospital Kuala Lumpur dan polis seperti bersubahat membenarkan mayat Kevin dikeluarkan dari rumah mayat oleh Richard, sedangkan mereka tahu dia (Charles) mahu bedah siasat kedua dijalankan.

Charles memberitahu media, Richard seorang "crook (penjahat)" yang sanggup melakukan apa saja demi wang.

Enam lelaki didakwa berhubung kes pembunuhan Kevin, termasuk pakar patologi Dr R Kunasegaran yang didakwa bersubahat.

Mayat Kevin ditemui dalam tong berisi simen di sebuah paya di Taman Subang Mewah, Subang Jaya, 12 hari selepas penculikannya pada 4 September. – 24 Disember, 2015.

1 comment:

  1. bila nak bicara kes ni
    kes pejawat awam dibunuh patut diberi keutamaan
    keadilan untuk waris mangsa

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa