Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 24, 2015

Kerajaan mendengar atau kerajaan tuli?

Izin 8 tol naik tahun depan, kerajaan ‘pekak’ terhadap suara rakyat

 | December 24, 2015
Walaupun menerima pelbagai bantahan, kerajaan hanya memekakkan telinga dan tetap mengizinkan lapan lebuh raya menaikkan kadar tol, kata Jawatankuasa Bertindak #ShutdownJalanDuta
#ShutdownJalanDuta
PETALING JAYA: Tindakan kerajaan mengizinkan lapan lebuh raya menaikkan kadar tol masing-masing pada tahun depan membuktikan sikap ‘pekak badak’ kerajaan terhadap suara rakyat, kata Jawatankuasa Bertindak #ShutdownJalanDuta.
Pengerusinya Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, ini kerana keizinan tersebut diberikan walaupun pelbagai NGO serta parti politik bersuara mendesak kerajaan mengubah fikiran mereka.
“Kenaikan lapan konsesi tol bukan hanya memberi kesan kepada rakyat di bandar dan di pinggir bandar, tetapi juga kepada mereka di luar bandar, kerana akan meningkatkan kos operasi barangan keperluan yang dibawa ke sana.
“Kesan domino ini langsung tidak disentuh kerajaan ketika menjustifikasikan kenaikan tersebut. Mungkin mereka ingat rakyat mudah diperbodohkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Pengumuman kenaikan ini dibuat oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof ketika sidang Dewan Rakyat bulan lalu atas sebab untuk mengelakkan pembayaran pampasan berjumlah RM593.32 juta kepada syarikat konsesi.
Lapan lebuh raya tersebut adalah Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), Lebuh Raya Link Kedua, Lebuhraya Damansara -Puchong (LDP), Lebuhraya Seremban- Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Selat Klang Utara (NKSB) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).
Justeru, beliau menggesa orang ramai menyertai protes #ShutdownJalanDuta pada malam tahun baru ini bagi menyuarakan bantahan mereka.
“Kerajaan hanya memahami bahasa ‘kurang ajar’. Maka kami menyeru orang ramai untuk memenuhkan Tol PLUS Jalan Duta pada malam tahun baru ini bagi memastikan kerajaan belajar sesuatu daripada rakyat,” katanya lagi.

1 comment:

  1. Pru akn dtg hilang la keris hang tuah....tunngguuuuu

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa