Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 28, 2015

Korang tak rasa nak tergelak ke?

Diri sendiri pun tak terubah.........inikan nak ubah orang lain yang dah karat!
Hudud tu jah jadi apa?
Dah masuk kerandut?

Nasihat Pas beri Umno peluang berubah
NIZAM ZAIN - 27 DISEMBER 2015
SHAH ALAM - Kesediaan Pas menjadi penasihat kepada kerajaan Umno dan BN tidak terhad kepada institusi kepimpinan semata-mata bahkan teguran itu dibuat demi kepentingan umat Islam dan orang Melayu termasuk ahli parti hingga akar umbi.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Zaharuddin Muhammad berkata, konsep nasihat yang dihasratkan Pas bukan untuk menjatuhkan Umno dan BN setiap masa, sebaliknya memberi peluang kepada parti Melayu itu untuk berubah.

“Ada masa nasihat, justeru tiada ruang jatuhkan Umno-BN pada masa sekarang kerana tiada pilihan raya. Kalau Umno boleh berubah..Alhamdulillah.

“Kalau tak berubah, maka pilihan raya nanti lawan tetap lawan kerana waktu itu adalah waktu sebaiknya mengubah kerajaan dalam konteks demokrasi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahalu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Jumaat lalu berkata, kesediaan parti Islam itu untuk menjadi penasihat kepada kerajaan bukan kerana pangkat tetapi untuk menjadi penyelamat.

Katanya, ia juga termaktub di dalam al-Quran dan sunah yang menjadi dasar yang tertinggi dalam undang-undang tubuh Pas.

Dengan memetik surah al-Asr, beliau berkata surah itu menegaskan tentang konsep nasihat yang sangat penting kepada jemaah Islam dan umatnya dengan makna yang luas termasuk terhadap musuh yang paling zalim.

Mengulas lanjut, Zaharuddin juga berkata Pas perlu bersama-sama Umno dalam menghalang sesuatu kemungkaran termasuk dalam isu yang melibatkan solidariti serta sokongan terhadap rakyat Palestin.

“(Pas) menasihati Umno supaya menghalang kemasukan atlet sukan atas nama Israel. Jika Umno sebagai pemerintah setuju menghalang, maka kerjasama Pas dan Umno dalam perkara makruf seperti ini adalah perlu.

“Tapi kalau Umno mengizinkan perkara itu, maka Umno juga kita akan lawan. Dalam bab TPP dan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan), Pas tetap lawan Umno sehingga ianya berubah,” ujarnya.

Beliau berkata lagi, Pas perlu menyakinkan kerajaan bahawa negara perlu berbalik kepada sistem percukaian Islam bagi menampung defisit sebanyak RM29 billion dalam Bajet 2016.

“Ini namanya politik rasional atau politik matang. Bukan politik spin dan politik dalam selimut,” katanya lagi.

9 comments:

  1. Woi. Best nye politik dlm selimut. Haha. Firaun tk berubah dgn nasihat musa. Abu jahal tk berubah dgn nasihat nabi. Begitulah seterusnya. Pas chai bukan lagi perjuang islam.

    ReplyDelete
  2. Anon 12:33am, memang best!!!
    Nabi Musa as yang Allah kurniakan mukjizat pun gagal menasihat firaun, ini Hadi nak guna apa pula untuk menasihatkan UMNO. Apakah Hadi akan guna magik David padangtembaga?

    ReplyDelete
  3. PAS nih mengarut....

    ReplyDelete
  4. Din tahi ayam moner standard kepala hotak cap ubikayu!

    ReplyDelete
  5. Tk tau ke Hadi ialah ulamak dunia no 3?
    Hebat tu, takkan mulutnya tawar bila nasihat diberi?
    Tengok dan teliti la, bila dia nasihatkan supaya ahli yang tak setia kpd pimpinannya keluar parti, ramai yg keluar. Kira hebat la dia!! Betul kan?

    ReplyDelete
  6. Tungguuuu!! sekejap lagi An Anonymous aka wan rosli akan muncul utk beri komen bernas di pihak cai

    Silakan wan rosli

    ReplyDelete
  7. Lawak...nak beri nasihat, bila PRU nak lawan Umno/BN? Nak jd wakil rakyat dgn elaun pelbagai? Lepas menang...jd mereka berkecuali dlm dewan. Kesian sungguh pengundi yang mengundi Pas. Malang sungguh...

    ReplyDelete
  8. Wan Risli dah insaf dah, atau mungkin check byk kali akuan kat bank tak masuk lagi kot

    ReplyDelete
  9. Ayam nak nasihat musang supaya jangan makan daging? Kau dah biul ke Din.... tu la asyik berlindung bawah ketiak Pmak Mentua nyanyuk kau tu, fikiran pun dah jumud....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa