Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 29, 2015

Celupar: Bapa 'borek', anak 'rintik'

Pemuda PAS mohon maaf atau tindakan undang-undang diambil, kata Pemuda Amanah
 | HAZAYANI ZAKARIA
Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Fakrulrazi Mokhtar (kanan) mahu Pemuda PAS memohon maaf dalam tempoh dua minggu sebelum tindakan undang-undang diambil.

Pemuda Amanah Nasional menuntut Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Muhammad Khalil Abdul Hadi menarik balik tuduhan bahawa ‘Amanah hanya akan dengar cakap DAP’ atau berdepan tindakan undang-undang.

Naib ketuanya, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, Khalil perlu memohon maaf secara terbuka kerana tuduhan tersebut bersifat jahat dan menyebabkan timbulnya persepsi buruk terhadap Parti Amanah Negara (Amanah).

Beliau memberikan masa selama dua minggu dari tarikh sidang media hari ini untuk Khalil bersemuka dengan pihaknya.

“Kami menegaskan bahawa kami bersedia untuk bersemuka dan behadapan secara harmoni atas dasar sifat jiwa besar dalam menangkis dakwaan tersebut.

“Sekiranya beliau yakin dan berpegang kepada dakwaannya itu, tidak menjadi masalah untuk beliau berhadapan dengan Pemuda Amanah. 

“Namun jika beliau enggan memberikan respons, kami menyerahkan kepada peguam untuk membuat tidankan selanjutnya,” kata beliau pada sidang media di Wisma Amanah Negara, Jalan Kuching hari ini.

Khalil pada 24 Disember lalu berkata kepada Sinar Harian Online: “Amanah terikat dengan DAP. Mereka hanya akan dengar cakap DAP sahaja. JIka DAP mahu mereka senyap, merak akan senyap. Kalau DAP mahu mereka buat bising, jadi bisinglah mereka,”

Menjawab tuduhan yang disifatkan sebagai sangat berat itu, Fakhrulrazi menegaskan, Amanah tidak terikat kepada mana-mana parti sebaliknya perjuangan mereka berdasarkan prinsip dan pegangan.

“Kenyataan ini sangat tidak berasas dan ia hanya sangkaan buruk terhadap Amanah iaitu parti Islam yang baharu bertapak dalam arena politik negara.

“Dakwaan Khalil ini sangat berat seolah-oleh Amanah hanya pak turut kepada DAP sedangkan tidak berlaku sama sekali gambaran sedemikian,” katanya yang juga bekas bendahari Pemuda PAS Malaysia.

Menurut beliau, Khalil sebagai pemimpin pemuda parti yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan tidak harus membuat tuduhan seperti itu.

“Beliau seharusnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan, jangan kerana kebencian menghalalkan fitnah seperti itu. Seorang ahli parti Islam lebih mengetahui kaedah dan cara untuk mengenakan tuduhan dan hukuman,” katanya lagi.

Sementara itu, seorang lagi Naib Ketua Wan Anwar Wan Ibrahim menjelaskan, tindakan mahkamah adalah sesuatu yang normal sebagai pengajaran kepada orang yang membuat fitnah.

“Kita beri peluang kepada Khalil untuk respons dan jika tiada kita tengok tindakan mana yang wajar dilakukan.

“Kami tidak mahu terlalu membesarkan perkara ini tetapi kalau terlalu kerap kenyataan fitnah terhadap Amanah, kami kena ambil tindakan sebagai pengajaran dan ini suatu yang normal,” katanya yang juga merupakan peguam.

10 comments:

  1. Mat Khalil ni memang berat nannang punn.. mabok nasidagang kuoh lebehh.. buang kopiahh pakai terendok gi ke laut ke laut ke laut wehhh..

    ReplyDelete
  2. Apa yang nak harian kan si ketuan besar depa pun macam tu. Tuduh pil kuda tanpa bukti.

    ReplyDelete
  3. Baru ni nizar saman razman kastam sbb fitnah.
    Ni menantu hadi marang pulak buat fitnah..
    Elok sangat la saman.
    Nak ajak berdebat jgn harap la puak2 walaun ada teloq..

    ReplyDelete
  4. Kah kah kah ....... mmg PAN anak manja baru kena sikit dah nangis ! ....... depa dok tuduh Pas macam2 spt IS dsbnya tak pa pula !

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la.. ramai ulamak burit dlm pas.

      Delete
  5. Pas kalu berani samanlah Pan dimahkamah. Ada telorker? Ini bkn anok manje. Ini fitnah. Hadi awe fitnah org sekuler liberal barua broker pil kuda anjing babi boleh ker? Keh keh keh

    ReplyDelete
  6. pas mana ada berani. yg ada hanya kepala batu.

    mana pergi siasatan pd dakwaan YB Husam? dah jwb ke belum? dah soalsiasiasat hadi? dah byr duit YIK?

    woi ding ayam! ada berani ajak YB Husam debat?

    anon 8.20 - Amanah saman sbb nak buktikan kenyataan fitnah korang. dlm kes pil kuda, mahkamah dah sahkan bhw hadi memg buat kenyataan yg berunsur fitnah...

    pj perak ckp besar. bila kena saman dgn YB Nizar terus minta pas perak buat rundingan. woi mamat! saman YB Nizar pada ko adalah saman peribadi. tak ada kena mengena dgn pas perak.

    ReplyDelete
  7. Molek gok tu...jd pengajaran kpd ustaz yg bercakap Islam Islam dalam ceramah di masjid tetapi bersikap buruk lebih daripada macai. Pendapat ustaz pemuda sepatutnya lebih jauh dan bukannya dengan prasangka dok comel.

    ReplyDelete
  8. Dah bapak nya KETUA BAHALOL macam mana nak jadi ROLE MODEL baik....

    Ini common sense kan

    Kesian melayu melayu PAS saja lah , dah lah papa kedana hidup poyo pulak

    ReplyDelete
  9. I percaya ulamak pas tak akan siasat dakwaan husam. Sbb dakwaan husam tepat kena kpd mad yakob nik amar. Panggil husam cuma gimik sajalah. Semua depa tu geng pas chai. Mana bole nk siasat geng sendiri? Dah tubuh j/kuasa ke? Atau sapu bawah karpet? Haha

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa