Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 31, 2015

Janji Najib: Sejak PRU13, yang korang ingat berapa janjikah yang Najib tepati?

Thursday, 31 December 2015
NAJIB MASIH ADA MASA SEHINGGA 12 MALAM INI UNTUK TUNAIKAN JANJINYA
Mudah-mudahan sebelum tibanya detik 12 tengah malam hari ini di mana tirai tahun 2015 akan melabuhkan episod suka dan dukanya, Najib Razak yang mungkin sekarang ini sama ada sedang berada di Dubai atau Hong Kong, akan segera tampil dengan janji yang pernah dibuatnya pada 14 Jun lalu.

Dalam janji yang dibuatnya di hadapan kira-kira 1,500 ketua penerangan dan setiausaha UMNO bahagian seluruh negara pada tarikh tersebut, Najib memberi jaminan bahawa isu berkaitan 1MDB akan diselesaikan sebelum akhir tahun 2015 ini.

Tetapi, selain daripada penjualan Edra Energy kepada syarikat China yang menyebabkan negara hilang aset berharga, tiada apa-apa yang ternampak dilakukan untuk menyelesaikan hutang 1MDB berjumlah RM42 bilion itu.

Bila lagi isu hutang 1MDB yang menimbulkan kritikan ramai dan misteri itu mahu diselesaikan? 

Apakah ketua-ketua penerangan dan setiausaha-setiausaha UMNO bahagian seluruh negara masih ingat dengan janji Najib itu?

Apakah jika tiada janji dan jaminan yang dibuat Najib itu, mereka masih sedia memberi sokongan kepadanya?

Atau adakah maksud "selesai"  itu hanya kerana berjaya memecat Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal, Ghani Patail, melantik orang pilihannya sebagai  Peguam Negara yang baharu, merombak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan melakukan kacau ganggu terhadap SPRM yang sedang melakukan penyiasatan terhadap 1MDB yang sarat hutang itu?

Di hari terakhir 2015 ini dan sebelum memasang azam atau menaruh sebarang harapan baharu untuk tahun 2016, jika janji yang satu ini dapat ditunaikan, tentunya ia  sudah cukup memadai buat kita semua, walaupun Najib turut memungkiri banyak janji lainnya, terutama ketika kempen PRU 13 lalu.

Bagaimanapun,  kiranya janji yang satu ini tidak juga mampu ditunaikan sebelum tenggelamnya detik 12 tengah malam 31 Disember ini, bermakna tiada apa lagi yang boleh diharapkan kepada Najib seawal bermulanya hari pertama tahun 2016 nanti.

Sudah tentu, selain rakyat biasa, Najib telah mengecewakan kelompok pimpinan dalam UMNO sendiri dengan pemungkiran janjinya yang pernah dibuatnya itu.

Tahun 2016 hanya menjadi tahun yang kosong buat kita semua. 31/12/2015). - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa